top of page

Kenaikan OPR: Ekonomi semakin pulih, tidak perlu kritik kerajaan



Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru baru ini tidak perlu dipertikaikan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, tuntutan Hassan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memberi penjelasan berkaitan perkara itu tidak wajar dibuat kerana BNM bertindak secara bebas tanpa campurtangan kerajaan.


Katanya, BNM telah pun memberikan penjelasan tujuan kenaikan OPR kepada kadar sebelum pandemik Covid 19 kerana asas ekonomi negara yang semakin mengukuh.


"Kenaikan OPR adalah kesan dari peningkatan ekonomi negara yang memberansangkan, serta jumlah pengangguran yang berkurangan.


"BNM mempunyai penilaian mereka tersendiri dan sudah tentu keputusan BNM menaikkan OPR adalah melalui data yang mereka miliki.


"Kenyataan Hassan juga seolah kenaikan OPR atas arahan Perdana Menteri mahupun Menteri Ekonomi. Ini tidak benar.


"Sebagai seorang Ahli Parlimen dan pemimpin KEADILAN, Hassan sepatutnya membantu memberi kefahaman kepada rakyat dalam isu OPR," katanya dalam satu kenyataan.


Mengenai cadangan Ahli Parlimen itu agar BNM bergerak seringin dasar kerajaan, Razeef berkata keputusan yang dibuat oleh BNM melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPN) dalam menaikkan OPR sebenarnya tidak bertentangan dengan kejayaan kerajaan meningkatkan ekonomi, menambah pelaburan serta mengurangkan pengangguran.


Bagi golongan yang masih memerlukan bantuan pula, katanya, kerajaan tetap menghulurkan bantuan.


"Tentu kita akui masih ada segelintir rakyat bergelut dari segi ekonomi. Namun pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenal kerajaan untuk mengurangkan beban dari segi ekonomi seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan pelbagai kemudahan bantuan dan pinjaman.


"Jika Hassan khuatir akan nasib rakyat yang masih bergelut dengan masalah ekonomi, adalah lebih baik beliau menjalankan peranan beliau selaku Ahli Parlimen kerajaan mambantu rakyat melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan," katanya lagi.


Kenaikan OPR menyebabkan kenaikan kadar faedah atas pinjaman terutama pinjaman jangka panjang yang tidak mempunyai kontrak kadar faedah tetap dan bergantung kepada keadaan semasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page