Kenaikan jangkitan Covid di Johor perlu tindakan segera kerajaan pusat


Kerajaan Persekutuan perlu memfokuskan isu jangkitan pandemik Covid 19 di Johor yang semakin meningkat.


Bagi ADUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar, jangkitan terkini sekitar 600 kes baharu sehari wajar dipandang berat oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.


"Data terkini menunjukkan berlaku peningkatan jumlah kes sejak beberapa hari lepas, misalnya 224 pada 16 Mei, 391 pada 17 Mei dan 407 pada 18 Mei.


"Perkara ini menuntut dua pelan tindakan dan pelaksanaan segera dilakukan


"Pertama, pembelian, pemerolehan dan pengagihan vaksin secara menyeluruh kepada rakyat Johor dengan keutamaan golongan sasaran seperti frontliners, kakitangan awam dan warga emas.


"Kedua, program saringan besar-besaran secara percuma ke atas bangsa Johor serta mereka yang bermastautin dan bekerja di sini," kata Khuzzan dalam satu kenyataan.


Menurut Penyelaras Parlimen Batu Pahat itu lagi, program vaksinasi Covid di Johor juga lembab dan sukar mencapai sasaran dalam tempoh singkat.


Sehingga 17 Mei, katanya, pemvaksinan di negeri Johor masih di bawah paras 10% iaitu 8.49% (104,263) bagi Dos 1 dan 5.74% (70,488) bagi Dos 2 daripada jumlah pendaftaran keseluruhan 1,227,884 orang.


"Peratusan yang rendah ini menunjukkan kadar proses vaksinasi yang perlahan serta mendedahkan risiko kepada orang awam.


"Ini juga kerana rekod sehingga 18 Mei menunjukkan kadar kebolehjangkitan (rate of trasmission) negeri Johor kini adalah lebih tinggi iaitu 1.11 berbanding kadar negara 1.08.


"Demi keutamaan nyawa dan tahap kesihatan masyarakat, pelaksanaan terutama melibatkan proses saringan dan pemvaksinan wajar disegera dan dipercepatkan kepada bangsa Johor," katanya lagi.


Sehubungan itu, beliau menyeru agar satu usaha tegas merentas semua pihak termasuklah Kerajaan Negeri dan pembangkang dapat dilakukan untuk membolehkan semua pimpinan duduk semeja dan bersama membentuk penyelesaian terhadap krisis pandemik di negeri Johor demi kepentingan awam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER