top of page

Kenaikan fi hospital kerajaan tidak dalam waktu terdekat



Kenaikan fi hospital kerajaan yang dicadangkan dalam pembentangan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat hari ini tidak akan dilakukan secara tergesa gesa dan bukan dalam tempoh terdekat.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (PH - Sekijang) berkata, kenaikan tersebut jika dilakukan pasti akan dibincangkan dengan teliti dan melibatkan semua pemegang taruh.


Apatah lagi, katanya, kertas putih tersebut adalah merangkumi cadangan untuk sektor kesihatan bagi tempoh sedekad ke hadapan.


"Sebarang perubahan struktur fi bukanlah sesuatu yang akan dijalankan dengan segera dan sewenang-wenangnya.


"Ia akan diteliti secara rapi dan telus, dengan analisis wajar serta libat urus semua pihak berkepentingan.


"Paling penting ialah kerajaan mahu memastikan rakyat terutama golongan tidak berkemampuan dan golongan rentan tidak akan terkesan, serta akses kepada perkhidmatan kesihatan akan terus dapat dinikmati," kata beliau.


Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai kertas putih yang sebelum itu dibahaskan oleh 28 Ahli Parlimen selama hampir empat jam.


Katanya, rakyat selama ini menikmati subsidi yang sangat besar dalam sektor kesihatan, dan beliau tidak menafikan ada rakyat yang sanggup membayar lebih untuk perkhidmatan yang diberikan kerajaan kerana membandingkan harga yang ditawarkan oleh pihak swasta berkali ganda lebih tinggi.


"Fi yang sama dikenakan kepada semua pesakit tanpa mengira kesanggupan mereka untuk membayar.


"Malahan KKM juga tidak ada mekanisme untuk mengumpul lebihan fi walaupun ada pesakit yang sanggup dan mahu membayar lebih kerana mereka menghargai perkhidmatan komprehensif yang diterima," katanya.


Buat masa ini rakyat Malaysia memerlukan rawatan di hospital dan klinik kerajaan hanya perlu membayar RM1 untuk rawatan pesakit luar dan RM5 untuk rawatan pakar bagi pesakit luar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page