top of page

Kenaikan caj perkhidmatan klinik kerajaan berita palsu



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan berlakunya kenaikan caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan sebagaimana yang tular di media sosial.


Menurut kenyataan KKM, tiada maklumat mengenai kenaikan caj perkhidmatan yang telah dikeluarkan oleh kementerian itu.


"KKM memandang serius penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.


"Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan," kata kenyataan tersebut.


Sehubungan itu, KKM menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu mengenai sebarang kenaikan caj yang tidak dibuat oleh pihak kementerian.


"Orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu, dan tidak menghebahkan maklumat yang tidak sah tersebut kerana boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.


"Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page