top of page

Kenaikan caj IWK diluluskan kerajaan terdahulu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 23, 2023
  • 1 min read

ree

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menolak dakwaan kadar tarif perkhidmatan pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) telah dinaikkan secara diam-diam.


Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat dan Taman Eko Langat, Nik Nazmi berkata kenaikan itu telah dimaklumkan kepada orang ramai sejak tahun lalu.


"Keputusan ini dibuat kerajaan terdahulu dan telah dimaklumkan tentang kenaikan caj Indah Water tersebut.


"Cuma mungkin pada masa tersebut, belum dapat bil kerana dia efektif pada 1 Januari 2023 dan saya faham bila bil itu sampai, perkara tersebut menjadi tular," katanya.


Sebuah portal berita dalam laporannya baru-baru ini berkata, ada segelintir pengguna meluahkan rasa kurang senang kerana perlu membayar 25 peratus lebih tinggi daripada biasa bagi caj perkhidmatan pembetungan bulanan masing-masing.


Sebahagian daripada netizen menurut laporan itu telah menyalahkan Perdana Menteri sebelum ini Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA)Tuan Ibrahim Tuan Man susulan peningkatan caj.


Difahamkan keputusan bagi meningkatkan kadar caj itu diluluskan kabinet Ismail Sabri pada April 2022.


KASA berkata kenaikan caj itu perlu kerana Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) - syarikat pengurusan pembetungan nasional - tidak menaikkan kadar caj sejak 1994.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page