top of page

Kempen PN Ahli Parlimen mesti ada di kawasan kelirukan pengundi Melayu



Isu perkauman dan agama sempit dilihat menjadi resepi utama memenangkan calon Ahli Parlimen PN di kawasan lingkaran Melayu (Malay belt) di sebelah Utara dan Timur Semenanjung.


Namun menurut Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Johari Abdul, terdapat satu lagi taktik yang digunakan oleh PN untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap calon calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu, iaitu rakyat perlu memilih Ahli Parlimen yang mudah untuk ditemui.


Menurut beliau, banyak pengundi terpengaruh dengan taktik seperti itu kerana pengundi tidak faham tugas hakiki seseorang Ahli Parlimen.


"Sebenarnya kita ada 3 peringkat kerajaan. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan (PBT).


"Peranan Ahli Parlimen adalah membuat polisi dan harus memastikan interest kawasan dia dan negeri dibawa ke Parlimen. Manakala Kerajaan Negeri mentadbir negeri supaya makmur, ini dimainkan peranan oleh ADUN. Di peringkat kerajaan tempatan pula ada ahli majlis bagi memastikan benda kecil mereka laksanakan setelah Kerajaan Negeri buat polisi.


"Seperti longkang, tak kan Ahli Parlimen jaga longkang. Tak kan Ahli Parlimen nak jaga rumah kos rendah. Takkan nak jaga rumput, semak samun di kampung kampung," katanya.


Johari yang pernah 3 penggal menjawat Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, konsep yang dibawa PN ke pemikiran pengundi sewaktu kempen PRU lalu ialah Ahli Parlimen perlu berkhidmat sebagaimana di Pantai Timur, mudah ditemui di warung dan boleh berbual dengan rakyat pada bila bila masa.


Hal itu, katanya hanya akan menyukarkan kerajaan untuk membahas undang undang sekiranya Ahli Parlimen yang dipilih kelak lebih banyak di kawasan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.


"Ini bukan salah rakyat tetapi salah persepsi yang dibina oleh wakil rakyat. Bahawa aku Ahli Parlimen tak masuk parlimen pun tak apa. Asalkan aku duduk di warung 24 jam sehari, 365 hari setahun. Sebab aku Ahli Parlimen yang baik duduk di kampung.


"Rakyat memang kata Ahli Parlimen senang jumpa pasal dia tak pergi parlimen. Macam Hadi kata, parlimen bukan sekolah, masuk kejap, lepas itu hilang. Kalau itu Ahli Parlimen mati negara ini.


"Salah persepsi ini dibina oleh Ahli Parlimen itu sendiri. Mudah ditemui di mana mana kedai. Dia dengar berita lebih kurang, dia bersyarah, saya semasa berada di parlimen inilah yang saya bawa. Bila dia pergi parlimen? Inilah masalah yang kita ada," katanya.


Bagi ADUN Gurun itu, rakyat tidak perlulah ditipu sedemikian rupa untuk PN mendapatkan kuasa.


Katanya, tidak ada guna Ahli Parlimen bertugas mengadu masalah penduduk kepada Pihak Berkuasa Tempatan misalnya kerana kerja tetap 'tidak jalan' kerana PBT di bawah kuasa Kerajaan Negeri, bukannya Persekutuan.


"Saya Ahli Parlimen bising kepada Yang Dipertua Majlis, dia tak peduli kat saya pun sebab bagi dia yang berpengaruh ahli majlis.


"Rakyat ditipu. Orang yang sentiasa pergi parlimen seperti Nurul Izzah, Saifuddin Nasution, Mahfuz Omar dia kena hukum pasal dia tidak ada di kawasan.


"Adakah adil? Orang yang pergi parlimen, membuat dasar dan pastikan negara dikawal dan sentiasa dipantau dan kurang masanya di kawasan (dikalahkan) berbanding dengan orang jarang jarang di parlimen dan menghabiskan masa di warung.


"Rakyat mahu yang mana? Kalau rakyat mahu yang itu jadilah macam Pas berpuluh tahun memerintah di Kelantan, buka paip air jadi teh susu," sinis Johari.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page