top of page

Kempen pemberian tuala wanita percuma bermula di pejabat Kementerian Kesihatan



Kempen pemberian percuma tuala wanita secara besar besaran akan dilakukan bagi menangani kemiskinan haid dalam kalangan wanita.


Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sebagai permulaan kempen itu dilaksanakan di pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri dan kepada para kakitangannya.


"Saya mulakan tugas di Pejabat Menteri (dengan) pemberian tuala wanita," kata Zaliha dipetik.


Tambah Ahli Parlimen Sekijang itu, dengan memulakan inisiatif berkenaan di pejabatnya beliau berharap bakal mendapat sokongan di seluruh KKM.


Beliau juga tidak menolak Kementerian Kesihatan selepas ini akan melaksanakan pendidikan haid dengan kerjasama antara agensi kerajaan


"Selepas itu kita akan lihat perincian termasuk perkara mengenai kesedaran berkenaan haid," katanya lagi.


Kerajaan Persekutuan sebelum ini memberikan sejumlah 130,000 tuala percuma melalui Belanjawan 2022


Manakala baru baru ini, dalam kajian Kemiskinan dan Stigma Haid oleh Kotex yang dijalankan mendapati seorang daripada dua pelajar perempuan ingin ponteng sekolah ketika haid kerana ketiadaan tuala wanita.


Dalam parti KEADILAN pula sebelum ini kempen pemberian tuala wanita percuma banyak digerakkan oleh Wanita KEADILAN di beberapa negeri, terutama di Johor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page