top of page

Kempen Pembangkang Bodohkan Melayu Ke Tahap 'Hilang' Akal



ULASAN: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk 6 negeri tidak sewajarnya berlaku sebegitu teruk seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah.


Malah di negeri maju seperti Pulau Pinang dan Selangor sekali pun tidak sewajarnya DUN majoriti Melayu Pakatan harapan (PH) - BN kalah teruk.


Penyebab kekalahan ini adalah budaya pembodohan minda Melayu oleh jentera kempen Perikatan Nasional (PN) yang telah mencipta 'pemikiran terkepung' dalam kalangan orang Melayu kelas menengah bawah dan B40.


Mahiaddin Santa Clause tabur wang


Rata rata pengundi Melayu bandar dan sub bandar di Selangor misalnya menolak gabungan PH - BN kerana kerajaan PN di bawah PM Mahiaddin Yassin lebih pemurah seperti Santa Clause.


Misalnya seorang pemandu lori berbangsa Melayu yang ditemui di DUN Kuang, Selangor berkata pada era Mahiaddin gajinya ada lebihan pada setiap hujung bulan. Pada era kerajaan Madani beliau tidak mempunyai pendapatan yang cukup apabila tiba hujung bulan.


Apabila ditanya lebih mendalam fakta mengejutkan ditemui. Beliau cukup senang dengan inisiatif kerajaan PN sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (2020 - 2021) yang tidak membenarkannya bekerja tetapi beliau menerima wang pampasan perbelanjaan RM4,000. Kemudian terdapat beberapa bantuan kewangan lain yang dikreditkan ke dalam akaun ketua isi rumah yang menyediakan beberapa ribu ringgit lagi tambahan pada waktu pendemik.


Beliau mengundi PN kerana yakin dengan kempen gabungan itu akan berlaku perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan sekiranya Selangor tumbang dan mengharapkan bantuan bulanan beberapa ribu ringgit akan diperolehi.


Ternyata PN telah membodohkan pemikiran Melayu sehingga ke tahap tidak masuk akal, mahu mendapat wang percuma untuk menyenangkan kehidupan. Orang seperti ini tidak percaya diberitahu hutang negara yang jumlahnya sekitar RM700 bilion pada waktu PM Najib hilang jawatan kepada melebihi seribu bilion (RM1.5 trilion) dalam tempoh kerajaan PN berkuasa. Siapa yang akan membayar hutang itu?


Wang KWSP lesap?


Satu lagi kempen yang termakan oleh pengundi Melayu di Selangor ialah kononnya wang KWSP telah 'lesap'.


PN dengan liciknya pencacai PN mengaitkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan pengeluaran caruman KWSP sepanjang Kerajaan Perpaduan memerintah dengan dakwaan bahawa wang itu telah tiada.


Disebabkan wang itu telah tiada, mungkin diagih agihkan kepada kroni pemimpin PH - BN, maka rakyat dihalang daripada mengeluarkan wang mereka sendiri.


Pemikiran sebodoh itu telah 'dibeli' dengan rakuskan oleh segelintir orang Melayu Selangor. Mereka rela akaun KWSP ditutup terus kerana tiada lagi wang, asalkan boleh berbelanja dalam sebulan dua meredakan masalah pasca pandemik


Dua pemikiran ini jika dilihat telah diterapkan oleh penjajah British bagi menghalang orang Melayu menuntut kemerdekaan. Orang Melayu digalakkan British berjudi, berbelanja dan akhirnya mereka tidak mempunyai kekuatan ekonomi.


Kempen pembangkang ketika ini pula menggalakkan Melayu berjoli sakan dengan wang KWSP untuk jadi miskin di hari tua dan bergantung kepada kerajaan meneruskan hidup. Maka seseorang yang bergantung hidup akan terus mengundi mereka.


Bukan Melayu rasional


Fikiran ini gila tidak dibeli oleh kalangan Cina dan India, biar pun mereka turut memiliki akaun KWSP. Atas sebab itu Selangor berjaya dipertahankan.


Bayangkan apakah kesan besar daripada pemikiran 'Melayu terkepung' pembangkang ini. Tentulah kaum Melayu akan terus lemah ekonomi dan menyerang kerajaan untuk bantuan hidup dan akan terus ketinggalan buat selama lamanya dalam bidang ekonomi berbanding kaum Cina dan India.


Mentaliti Melayu malas akan terus mendominasi masyarakat selagi mana PN dibenar menyebarkan dakyah politik mereka.


Kerajaan Madani dalam hal ini perlu bertindak tegas kepada penyebar penyakit colonial mentality yang telah berjaya ditangani pada era Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan pada 1990an lalu.


Kali ini ustaz Pas dan nasionalis totok Bersatu cuba mengembalikan pemikiran kecil, rendah diri dan malas yang diterapkan British untuk menjadikan Melayu kembali lemah dan meminta minta kepada kerajaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page