top of page

Kempen Klasiknya Raya Mydin tawar pakaian harga Rahmah



Rangkaian pemborong dan peruncit terbesar negara, Mydin pada Rabu menyambut gesaan agar inisiatif Payung Rahmah diperluas melalui pelancaranh kempen Klasiknya Raya.


Pengarah urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin ketika pelancaran itu berkata, kempen yang akan berlangsung sehingga 5 Mei depan itu adalah dengan kerjasama Bank MBSB yang bertujuan memberi pilihan kepada rakyat berbelanja dengan murah dan berpatutan bagi meringankan beban kos sara hidup terutama menjelang sambutan bulan Ramadan dan Syawal.


"Mydin menganjurkan Jualan Rahmah bagi baju raya serta Bazar Ramadan Rahmah bagi meringankan beban perbelanjaan khususnya ketika musim perayaan.


"Bagi baju raya, harga sebenarnya adalah RM79 sepasang tetapi (menerusi kempen ini) kita jual cuma RM30 sepasang sahaja," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen itu di Subang Jaya.


Selain baju raya lelaki, wanita serta kanak-kanak turut ditawarkan adalah seleksi barangan keperluan rumah dan dapur, perhiasan rumah, kuih raya dan banyak lagi.


Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang hadir melancarkan kempen itu berkata tawaran baju raya dengan harga rendah itu memberi berita gembira kepada rakyat yang sedang berdepan isu kos sara hidup tinggi.


Jelasnya, beliau yakin usaha murni yang dilaksana Mydin dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat termasuk melalui penawaran baju raya dengan harga lebih rendah, akan menjadi ikutan.

"Inisiatif ini sangat dihargai dan inshaAllah apa yang Mydin buat ini akan menjadi satu kitaran domino yang akan dituruti selepas ini bukan sahaja oleh gedung-gedung tekstil terkemuka dalam negara, malah bagi butik-butik kecil.


"Saya yakin gedung-gedung dan butik-butik itupun akan menawarkan harga Rahmah menjelang Hari Raya ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page