top of page

Kempen dengan damai, kita dalam satu rumah perjuangan - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read


KEADILAN dibina atas landasan perjuangan rakyat, bukan dendam atau perebutan kuasa yang memecahbelahkan parti, tegas Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Saifuddin Shafi Muhammad.


Saifuddin menerusi satu kenyataan menyeru semua calon, penyokong dan jentera parti agar kembali kepada matlamat asal perjuangan dengan mengamalkan kempen yang tertib, santun dan matang sepanjang Pemilihan KEADILAN 2025.


"Kita harus belajar dari pengalaman lalu. Perpecahan hanya akan melemahkan parti.


"Fokuslah kepada apa yang mahu dilakukan jika diberi mandat, bukannya menyerang untuk menonjolkan diri," katanya.


Gesaan itu dinyatakan susulan beberapa kenyataan kempen yang mula beralih kepada isu-isu peribadi calon, di tengah-tengah kempen yang kian rancak.


Sementara itu, Saifuddin yang juga Pengarah Strategik KEADILAN Selangor, turut mengingatkan bahawa pemilihan kali ini diperhatikan oleh akar umbi yang bukan sahaja menilai janji-janji calon, tetapi juga keperibadian dan etika sepanjang berkempen.


Beliau menekankan pentingnya semangat setiakawan dipelihara, mengingatkan bahawa selepas pemilihan, semua anggota parti tetap perlu bekerjasama demi memperkukuhkan KEADILAN.


"Kita semua adalah anggota dalam satu rumah perjuangan. Jangan kerana perbezaan pilihan, kita menjadi renggang. Jangan kerana semangat, kita terlanjur kata.


"Perjuangan politik, sama seperti kehidupan dimana kita saling memerlukan," tambahnya di akhir kenyataan.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page