top of page

Kempen Clean & Green pupuk kesedaran masyarakat jaga kebersihan



Kempen gotong royong Clean & Green dilancarkan di DUN Sentosa pagi tadi bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran.


Menurut Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, kempen itu telah mendapat kerjasama baik persatuan penduduk dan beberapa NGO setempat.


"Kita telah lancarkan kempen Clean & Green Sentosa. Bulan Jun dan Julai kita anjurkan aktiviti bersama NGO kawasan, KRT dan juga persatuan penduduk.


"Bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), KDEB dan juga semua agensi kerajaan dan gabungan persatuan penduduk kita akan melancarkan beberapa program


"Seperti sedia maklum, kerjasama dari penduduk amat diperlukan bagi program ini," katanya kepada media.

Dr Gunaraj George

Tegas Dr Gunaraj, meskipun terdapat kontraktor kebersihan yang bertugas membersih kawasan namun sikap penduduk juga menyumbang kepada kejayaan kempen dengan tidak membuang sampah merata rata sehingga longkang tersumbat dan menyebabkan banjir kilat.


"Tanggungjawab kita mustahak untuk memastikan kawasan rumah kita sendiri bersih, jangan buang sampah merata tempat. Guna tong sampah," katanya.


Selain aktiviti gotong royong, kata Dr Gunaraj, kempen itu juga mempunyai program kesedaran di sekolah dengan aktiviti penerangan kepada murid murid untuk menjaga kebersihan dan mengutamakan kitar semula.


Begitu juga, katanya, DUN Sentosa mempunyai program menanam 500 pokok setahun yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.


Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan penghargaan kepada MBDK dalam meluluskan projek naik taraf tasik botanik sebanyak RM2.5 juta dan projek naik taraf taman rama rama di Bukit Tinggi.


Dr Gunaraj juga berkata, telah memohonan untuk menaik taraf status Taman Sentosa kepada Bandar Sentosa bagi meningkatkan keselesaan penduduk.


"Kita minta naik taraf Taman Sentosa kepada Bandar Sentosa. Dengan naik taraf nama dan fokus tertumpu ke bandar, kita harap akan ada perubahan minda rakyat, insfrastruktur lebih terurus, harga rumah naik dan penduduk akan lebih memastikan taman mereka Clean & Green," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page