top of page

Kementerian sambut baik saranan rombak sistem prasekolah - Fadhlina



Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum saranan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula.


Menterinya Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, perkara itu yang sudah dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) disambut baik kementerian dengan menetapkan semua sistem pendidikan prasekolah yang akan diselaraskan.


Justeru jelasnya, mekanisme dan garis masa bagi peralihan struktur prasekolah akan diperincikan dalam tempoh terdekat bersama kementerian yang terlibat dan pemegang taruh dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak.


"Susul tindak telah disegerakan dengan penglibatan semua ketua jabatan dan bahagian dalam mesyuarat pasca Kabinet KPM pada Rabu.


"Ia selaras dengan agenda reformasi pendidikan yang sedang diterajui oleh KPM khususnya dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara," katanya dengan menegaskan reformasi tersebut sangat signifikan dalam menjamin akses, pendidikan yang berkualiti serta intervensi awal bagi menangani keciciran di peringkat prasekolah.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa KPM melihat semula sistem prasekolahan dengan memastikan kemudahan tambahan diberi perhatian.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebagai mengulas mesyuarat Jemaah Menteri semalam memaklumkan, saranan tersebut telah dipersetujui supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page