top of page

Kementerian Pertanian komited pastikan bekalan makanan selamat, berkhasiat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 8
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk memastikan bekalan makanan selamat, berkhasiat, dan mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia.


Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan komitmen tersebut bersempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2025.


"Tema sambutan tahun ini, 'Permulaan Sihat, Masa Depan Cerah' menekankan kepentingan penjagaan kesihatan ibu dan anak sebagai asas utama kesejahteraan komuniti dan pembangunan mampan negara.


"Kesihatan ibu dan anak bukan sahaja mencerminkan tahap kemajuan sistem kesihatan sesebuah negara, malah menjadi penanda aras bagi keupayaan kita membina generasi yang sihat, cerdas, dan berdaya saing


"KPKM akan terus berusaha memastikan bekalan makanan selamat, berkhasiat dan mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang memerlukan," katanya menerusi catatan di Facebook.


Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun dengan tema yang berbeza-beza, dengan matlamat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu utama kesihatan semasa


Sementara itu Mohamad menerusi catatan itu turut mengajak orang ramai untuk memperbaharui komitmen dalam menjaga kesihatan sejak peringkat awal kehidupan sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia yang berlangsung hari ini.


"Sesungguhnya, permulaan yang sihat akan melahirkan masa depan yang lebih cerah untuk negara kita. Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2025


"Bang Mat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia dan komuniti kesihatan di seluruh pelosok dunia," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page