top of page

Kementerian Pertahanan luluskan 43 permohonan rumah veteran ATM



Sebanyak 43 permohonan bagi membina rumah baharu menerusi Inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diluluskan sehingga Jun ini.


Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, dalam tempoh yang sama juga, kementerian telah menyiapkan pembaikan membabitkan 169 rumah veteran ATM yang mengalami kerosakan di seluruh negara.


Tidak setakat itu, kementerian jelasnya berhasrat untuk membina lebih banyak kediaman baharu serta membaikpulih rumah veteran ATM dari semasa ke semasa.


"Setiap tahun, permintaan bagi pembinaan rumah baharu ini menunjukkan peningkatan. Pada tahun lalu, jumlah peruntukan adalah untuk membina 25 buah rumah dan jumlah itu meningkat kepada 43 yang telah diluluskan.


"Di peringkat kementerian, penilaian sentiasa dilakukan kerana kita mengambil maklum inisiatif Perumahan Veteran ATM amat membantu golongan veteran kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri," katanya selepas menyerahkan rumah veteran ATM kepada balu anggota di Jalan Jaya Ayer Baloi, di Pontian semalam.


Sementara itu tambah Adly, kementerian akan cuba mendapatkan peruntukan yang lebih tinggi menerusi Belanjawan bagi memastikan Inisiatif Perumahan Veteran ATM dapat diteruskan meskipun berdepan cabaran kenaikan kos barang binaan.


Jelasnya, cabaran kenaikan kos pembinaan rumah tersebut tidak menjejaskan hasrat kementerian untuk berusaha menyediakan rumah serta membaik pulih kediaman veteran ATM.


Dalam pada itu, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berharap anggota veteran ATM dapat mengemaskini data dan maklumat diri menerusi portal Veteran Integrated Benefit System (Vibes 2.0).


Menerusi sistem pangkalan data baharu tersebut, katanya, keupayaan pengurusan, pemantauan, pelaporan maklumat warga veteran dan waris akan lebih berkesan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page