top of page

Kementerian Perpaduan salur RM135,000 gerak kerja pasca banjir



Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyalurkan RM135,000 kepada 12 pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sebagai persiapan gerak kerja pasca banjir.


Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peruntukan itu selain untuk aktiviti pembersihan lokasi terjejas banjir, ziarah perpaduan turut meliputi program seperti Rukun Tetangga (RT) Cares, Dapur Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan gerak kerja lain yang bersesuaian dengan keperluan semasa komuniti.


Melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu beliau turut memaklumkan jentera perpaduan peringkat negeri, daerah atau bahagian seperti KRT, Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Skuad Uniti (SU) telah diarahkan untuk mengemukakan laporan dan butiran lengkap berkenaan mangsa banjir di kawasan terjejas.


"Menurut laporan sehingga 24 Dis, sebanyak lima KRT telah terjejas banjir dengan bilangan mangsa yang terlibat ialah seramai 450 orang daripada 198 keluarga," katanya dipetik.


Sementara itu menurut Aaron, kementeriannya akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas banjir manakala KRT yang terkesan banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan diri serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page