top of page

Kementerian Pendidikan siapkan 97.8% projek baiki tandas sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 7, 2024
  • 1 min read


Sebanyak 7,852 atau 97.8 peratus projek penyelenggaraan tandas dan penyelenggaraan kecil di sekolah dan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) berjaya disiapkan sepenuhnya setakat Februari lalu.


Kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis kepada soalan di Dewan Rakyat berkata, projek yang dilaksanakan di bawah peruntukan khas Naik Taraf dan Penyelenggaraan Kecil Institusi Pendidikan Tahun 2023 berjumlah RM654.29 juta itu melibatkan 8,354 sekolah dan institusi pendidikan.


"Ia melibatkan 8,306 sekolah kerajaan serta 48 institusi pendidikan (Kolej Matrikulasi, Institut Aminuddin Baki dan Kampus Institut Pendidikan Guru) dengan RM70,000 diperuntukkan bagi setiap sekolah kerajaan dan RM200,000 bagi setiap institusi pendidikan," jelas KPM bagi menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat).


Tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1 bilion bagi tujuan memperbaiki tandas di sekolah-sekolah yang berada dalam keadaan daif sejak sekian lama.


Kementerian berkenaan menyatakan sebanyak 174 atau 2.2 peratus projek masih di peringkat pelaksanaan manakala projek di 310 sekolah di Sarawak ditangguhkan pelaksanaannya diteruskan pada tahun ini.


Jelasnya, sebanyak 18 sekolah lagi digugurkan mendapat projek itu memandangkan ia masih dalam tempoh liabiliti kecacatan.


KPM menjelaskan, dalam tempoh dari 2016 hingga 2024, sebanyak 1,069 projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah dengan kos RM8.34 billion telah diluluskan.

Daripada jumlah itu, 694 projek telah siap, 159 projek pada peringkat pembinaan manakala 216 projek pada peringkat prabina, katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page