top of page

Kementerian Pendidikan sedia perluas model sekolah terapung di pendalaman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 21
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji kemungkinan untuk meluaskan program sekolah terapung yang kini sedang dilaksana di beberapa negeri.


Menterinya Fadhlina Sidek (gambar) berkata, terdapat potensi konsep sekolah di penempatan Orang Asli dan komuniti terpencil itu dikembangkan ke kawasan pedalaman lain sekiranya terdapat keperluan, kesediaan komuniti dan kesesuaian geografi yang mengizinkan.


"Kementerian kekal beriltizam memastikan tiada murid tercicir dan setiap kanak-kanak menerima akses pendidikan yang relevan serta berkesan selaras aspirasi Pendidikan MADANI.


"Program itu kini membabitkan jumlah keseluruhan 246 pelajar. KPM melihat ia sebagai model pendidikan kreatif dan inovatif atas prinsip mencari penyelesaian keperluan setempat," katanya dpetik di Dewan Rakyat pada Khamis.


Terdahulu beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan mengenai pelaksanaan sekolah terapung di Hulu Perak serta perancangan KPM untuk memperluaskan inisiatif itu.


Mengulas mengenai pelaksanaan program sekolah terapung Hulu Perak di Tasik Banding, Fadhlina berkata, ia diperkenalkan sebagai inisiatif bawah program khas pendidikan manusiawi dalam menyelesaikan masalah murid menghadapi cabaran jarak, demografi, rintangan pengangkutan dan tiada keperluan asas untuk ke sekolah.


"Program yang bermula 13 Oktober lalu itu memberi tumpuan kepada murid Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan penempatan sekitar Tasik Banding dan Tasik Temenggong di Grik, Perak.


"Pembelajaran didukung oleh Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Perak, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak serta agensi berkaitan meliputi penyediaan latihan khas kepada guru dalam memastikan kaedah pembelajaran yang diberikan relevan dengan kehidupan setempat," tambahnya.


Fadhlina turut memberitahu Dewan, program di Tasik Banding itu kini membabitkan seramai 48 pelajar berusia antara enam hingga 16 tahun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page