top of page

Kementerian Kewangan mahu laporan isu ekonomi di Labuan



Dewan Perniagaan Labuan (LCC) diminta mengemukakan laporan penuh berhubung isu dan cabaran ekonomi yang dihadapi di pulau bebas cukai itu.


Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim berkata, Kementerian Kewangan memerlukan laporan itu segera supaya kajian secara terperinci dan penyelesaian menyeluruh dapat segera dibuat.


"Saya telah mendengar taklimat mengenai pelbagai isu dan cabaran ekonomi di Labuan yang terpaksa dihadapi oleh komuniti perniagaan serta orang ramai secara keseluruhan dan saya telah mengambil maklum perkara itu.

"Kami mahu laporan penuh dan akan melihatnya secara menyeluruh," katanya.


Steven Sim ditemui pemberita selepas melawat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Labuan.


Mengulas lanjut beliau berkata, isu di bawah bidang kuasa MOF akan ditangani termasuk berkaitan kastam yang akan dibawa kepada Ketua Pengarah untuk penyelesaian lebih baik.


"Kami ingin berbincang dengan pihak kastam cara untuk menjalin kerjasama dengan (pemain industri) sektor swasta bagi membangun dan memudahkan perniagaan.


"Kerjasama erat antara pihak kastam dan sektor swasta akan membolehkan kami menambah baik dasar sedia ada untuk merangsang ekonomi serta memanfaatkan rakyat," katanya.


Sim, yang dalam lawatan sehari ke Labuan, antara lain telah diberi taklimat mengenai perkhidmatan pengendalian pelabuhan Megah Port Management Sdn Bhd (MPM), aktiviti kapal ke kapal Victoria STS Sdn Bhd dan isu berkaitan status bebas cukai di Labuan oleh Pengerusi LCC Daniel Doughty.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page