top of page

Kementerian Ekonomi komited reformasi ekonomi jangka panjang



Kementerian Ekonomi komited untuk melaksanakan reformasi struktural ekonomi jangka panjang dengan melakukan strategi pelaburan masa hadapan yang mampan.


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata semasa menyampaikan ucaptama di Invest Fair 2023 beliau telah menekankan strategi pelaburan yang mempertimbangkan perubahan, masa dan kesan jangka panjang untuk dilakukan oleh Kerajaan.


"Kementerian Ekonomi komited untuk melaksanakan reformasi struktur yang akan membentuk masa depan dengan fokus kepada pertumbuhan yang berkualiti lagi mampan serta bukannya hanya kepada pendekatan jangka singkat.


"Meskipun berlaku cabaran dalam jangka singkat, kita harus mengambil pandangan jangka panjang untuk menilai kemajuan negara dengan tepat.


"Reformasi struktur sangat penting untuk mengubah negara, industri dan pasaran kita. Kerajaan komited untuk membasmi rasuah, mengamalkan tadbir urus yang baik, dan mencapai penyatuan fiskal untuk memastikan kemampanan kewangan," katanya semalam.


Selain itu, kata Rafizi, Kementerian turut memperuntukkan sumber kepada sektor pertumbuhan tinggi seperti teknologi, tenaga boleh baharu dan keselamatan makanan bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau.


Reformasi tenaga kerja turut penting, katanya, untuk membangunkan sumber bakat mahir. Dengan melabur dalam program kemahiran berskala besar negara boleh membina saluran bakat yang mampan sejajar dengan keperluan industri strategik.


"Ini adalah saat yang unik untuk melaksanakan pembaharuan kerana Kerajaan Perpaduan mempunyai kestabilan dan tekad politik untuk melakukan perubahan.


"Teknologi ketika ini boleh menjimatkan kos dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang pantas apabila digabungkan dengan inovasi.


"Kita boleh mengambil inspirasi dari contoh-contoh kejayaan di seluruh dunia, seperti pembangunan industri tenaga solar dan wujudnya Silicon Valley.


"Tindakan yang kita ambil hari ini akan membentuk masa depan kita, dan saya faham bahawa hasil reformasi mungkin mengambil masa untuk menjadi kenyataan," katanya lagi.


Dengan meletakkan asas dan bekerjasama dengan sektor swasta, kata Rafizi, kerajaan sedang memacu ekonomi negara ke arah yang tepat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page