top of page

Kementerian Ekonomi akan lancar Inisiatif Pendapatan Rakyat



Kementerian Ekonomi bakal melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang bertujuan menambah pendapatan golongan B40 pada hujung bulan ini.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli inisiatif itu adalah satu usaha kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas teruk pendapatan mereka pasca pandemik Covid 19.


"Kementerian Ekonomi akan melancarkan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) pada 26 Februari 2023. Sasaran pertama IPR adalah golongan miskin tegar dan keluarga B40 di seluruh negara.


"Kementerian Ekonomi akan mengimbangi tumpuan untuk menstruktur ekonomi negara dengan keperluan ekonomi rakyat berhubung kos sara hidup dan gaji yang lebih baik dalam merangka perancangan ekonomi," kata Rafizi dalam kenyataan hari ini.


Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan tersebut menyatakan mengenai kecenderungan pertumbuhan ekonomi global yang lembab pada tahun ini.


Katanya, pertumbuhan dijangka sekitar 2.9% dalam tahun 2023 berbanding 3.4% dalam tahun 2022


"Oleh itu, dalam keadaan pertumbuhan ekonomi global yang dijangka lebih perlahan tahun ini dan pertumbuhan sukuan yang perlahan selama empat suku berturut-turut pada 2022, Kerajaan sedar keperluan untuk bersiap sedia menghadapi suasana ekonomi yang lebih mencabar.


"Program-program ekonomi yang memberi fokus kepada dua perkara pokok ekonomi rakyat, iaitu kos sara hidup dan pendapatan, akan diberi tumpuan utama dalam perancangan ekonomi," katanya.


Tegas Rafizi, Kementerian Ekonomi akan meletakkan kos sara hidup dan pendapatan sebagai fokus penambahbaikan dasar-dasar ekonomi negara serta melaksanakan program ekonomi rakyat yang mengambil pendekatan pelaksanaan bersepadu.


"Dasar-dasar bersabit penggajian rakyat akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri supaya dasar negara diselaraskan ke arah satu sasaran pertumbuhan gaji yang menyeluruh kepada semua golongan pekerja.


"Mesyuarat pertama MTEN dijangka akan diadakan dalam bulan Mac 2023," katanya lagi.


Semalam, pada sidang Dewan Rakyat Menteri Ekonomi mendedahkan pertumbuhan sukuan tahun ekonomi Malaysia menunjukkan penurunan dari 3.8% (ST1), 3.5% (ST2), 1.9% (ST3) dan -2.6% (ST4) 2022. Hal itu katanya membayangkan situasi yang agak sukar bagi 2023 memandangkan ekonomi dunia juga dijangka lembab berikutan pelbagai faktor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page