top of page

Kementerian Belia dan Sukan usaha selesai isu disuarakan atlet



Usaha bagi menyelesaikan segala permasalahan termasuk isu berbangkit yang disuarakan persatuan sukan dan atlet dalam negara sedang giat dijalankan Kementerian Belia dan Sukan.


Timbalan Menteri, Adam Adli Abdul Halim berkata, kementerian telah mengadakan sesi libat urus dan kini memperhalusi mekanisme terbaik menyelesaikan isu disuarakan terutama berkaitan kebajikan atlet, fasiliti sukan dan pembangunan sukan di peringkat akar umbi.


"Kita dalam proses untuk kumpulkan semua input yang kita ambil daripada persatuan sukan dan sukan para, atlet podium serta atlet kebangsaan.

"Menerusi sesi libat urus tempoh hari kita dapat gambaran lebih jelas tentang permasalahan dihadapi mereka, masalah yang berlarutan dan mungkin sudah pun disuarakan sebelum ini," katanya.


Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda parti KEADILAN ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada majlis pelepasan dua wakil skuad atlet sukan elektronik (E-sukan) negara ke Kejohanan Dunia Mobile Legends di Indonesia.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pembangunan sukan elektronik di negara ini, Adam memaklumkan kementerian dalam fasa akhir memuktamadkan garis panduan menguruskan pembangunan sukan tersebut.


Menurutnya garis panduan itu amat penting bagi menguruskan tatakelola sukan tersebut secara lebih teratur dan selamat.


"Semua sukan dimainkan termasuk yang profesional ada garis panduan yang akan menguruskan tatakelola pengurusan sukan itu sendiri, jadi sangat penting untuk kita memiliki garis panduan seperti itu.


"E-sukan satu sukan yang tumbuh begitu rancak dalam kalangan komuniti negara ini dan garis panduan ini akan memastikan ia mempunyai organisasi yang tersusun ke arah pembangunan yang padu," katanya.


Beliau berkata garis panduan itu juga akan membantu golongan belia yang berkecimpung dalam sukan berkenaan sekali gus bertindak sebagai satu mekanisme efektif melindungi data penggiatnya di masa akan datang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page