Kemenangan Pulai, Simpang Jeram perkembangan positif Kerajaan Perpaduan
- Suara Keadilan
- Sep 10, 2023
- 1 min read

Kemenangan calon calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram malam tadi merupakan petanda positif terhadap penerimaan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam perutusan tahniah kepada calon P 161 Pulai, Suhaizan Kayat dan N13 Simpang Jeram Ir Nazri Abdul Rahman.
"Tahniah saya ucapkan kepada saudara Suhaizan Kayat dan Nazri Abdul Rahman yang memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
"Penghargaan saya buat semua pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
"Keputusan ini ternyata suatu perkembangan yang positif bagi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan agenda pembangunan dan ekonomi rakyat dapat terus dijayakan," katanya.
Malam tadi Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan Suhaizan menang dengan majoriti 18,641 undi di Pulai, sementara di Simpang Jeram, Ir Nazri berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,514 undi.
Comentários