top of page

Kemenangan di Belanda bukti kerajaan pelihara kedaulatan negara



Siri kemenangan Malaysia dalam kes tuntutan kumpulan Sulu di mahkamah antarabangsa membuktikan kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara ini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata kemenangan Malaysia di Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda dan Mahkamah Rayuan Paris di Perancis boleh menjadi penutup kepada segala usaha pihak tidak bertanggungjawab yang cuba merampas hak serta harta negara ini.


"Ini juga membuktikan dakwaan kumpulan tersebut adalah gagal dan tidak boleh dilayan," katanya dipetik pemberita selepas menghadiri program 'British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) Annual General Meeting Fireside Chat With Communication and Digital Minister' di Kuala Lumpur pada Selasa.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.


Anwar berkata ia sekali gus menghalang apa-apa usaha pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda.


Sementara itu, Fahmi menyifatkan kejayaan terbaharu itu juga merupakan hasil kerjasama antara pihak terlibat yang berusaha serta bersatu hati dalam mempertahan hak, harta dan kedaulatan Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page