Kemelut dalaman Umno serlahkan Anwar lebih berwibawa pimpin negara



Kemelut dalaman Umno selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan 'kisah benar' dalam usaha menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memanas dan mewujudkan dua kem dalam parti berkenaan.


Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia, Mustaffa Kamil Ayub, pertembungan dalaman Umno itu juga mensahihkan bahawa parti berkenaan dan pemimpinnya tidak wajar diberi peluang untuk menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Sebaliknya pendedahan itu, katanya, telah menaikkan kredibiliti Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengakui beliau mempunyai cukup sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.


"Kemelut dalaman Umno meruncing sehingga mantan Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan beberapa fakta penting menjelang peralihan kuasa politik negara 2021.


"Tohmahan kepada Datuk Seri Anwar kononnya beliau berangan-angan mengenai bilangan sokongan Ahli Parlimen terhadapnya menggantikan Tan Sri Muhyiddin terbukti tidak benar dan berniat jahat.


"Jelas bahawa Anwar bercakap benar mengenai sokongan terhadapnya," kata beliau dalam satu kenyataan.


Menurut Presiden NGO Rapat itu lagi, kenyataan Tajuddin secara tidak langsung telah memperlihatkan keteguhan integriti Ahli Parlimen Port Dickson apabila pemimpin kluster mahkamah Umno terpaksa mencari calon lain selepas Anwar tidak bersetuju menekan badan kehakiman bagi melepaskan mana mana pemimpin yang didakwa di mahkamah.


Selain itu, katanya, Umno yang 'berperang' ketika ini hanya akan mengurangkan lagi pemimpin berpotensi untuk diangkat sebagai PM. Atau pun pasukan tertentu dalam parti itu akan cuba membuang mana mana calon berintegriti dalam parti berkenaan.


"Polemik ini serta lain-lain sebelumnya menyerlahkan hakikat negara ini semakin ketandusan kepimpinan yang berpengalaman, berintegriti serta jujur.


"Malaysia sesungguhnya memerlukan Datuk Seri Anwar yang ada wawasan. Beliau berjaya menyelesaikan masalah umat hatta sebelum memasuki gelanggang politik lagi, serta punya solusi yang proaktif bukannya reaktif," katanya lagi.


Justeru, Mustaffa berharap rakyat Malaysia akan lebih bijak memilih dalam PRU ke 15 dan menolak parti pro kleptoktasi daripada berkuasa semula.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER