top of page

Kemelut Bersatu - BN: Balasan broker politik yang memungkiri janji - Hassan Karim



Kemelut Bersatu - BN atau lebih sering disebut keengganan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari Bersatu adalah balasan kepada 3 broker politik yang terlebih dahulu memungkiri janji dan khianat.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, tiada guna Bersatu merungut kerana pemimpin mereka tidak dilantik kerana sekiranya mereka menarik sokongan ketika ini, dan kerajaan tumbang maka PM akan membubarkan Parlimen. Tiada sesiapa lagi yang akan dilantik ke jawatan apa pun.


"Ismail Sabri respons semalam tentang ugutan Bersatu dengan berkata jika PN tarik sokongan maka Kerajaan akan tumbang dan sebagai PM beliau akan menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.


"Pandai Ismail Sabri bersilat dengan mematikan langkah dan gerak Bersatu.


"Jika PRU15 diadakan kerana terpaksa akibat ugutan dan tindakan Bersatu tarik sokongan maka Bersatu menerima Dua tiga kesan langsung.


"Pertama rakyat marah. Kedua, Bersatu dilihat melanggar amanat Yang di-Pertuan Agong supaya ada kestabilan politik. Ini membawa kemurkaan pihak Istana.


"Ketiga, jika PRU diadakan maka Umno pimpinan Zahid Hamidi dan de facto leader "Bossku" Najib Razak dari kluster mahkamah yang dimusuhi Bersatu akan mendapat untung dan laba," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Hassan lagi, Bersatu yang didominasi trio Muhyiddin Yassin, Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sebaik baiknya banyak bermuhasabah tentang untung nasib parti itu ke hadapan.


Beliau juga berkata mungkin ketiga tiganya telah terlupa dosa yang mereka lakukan ketika menjadi broker kuasa menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga masing masing menerima balasan.


"Soalan perlu dikemukakan kepada 3 serangkai pemimpin Bersatu itu ialah tidakkah dulu ada janji PH di mana Bersatu ada di dalamnya, berjanji Tun Mahathir Mohamad adalah PM sementara selama dua tahun dan selepas itu jawatan PM diserahkan kepada Anwar Ibrahim?


"Muhyiddin yang jadi Presiden Bersatu berusaha menggagalkan perjanjian itu dan berjaya akhirnya dengan Langkah Sheraton di mana Muhyidin pula yang jadi PM ke 8, bukannya Anwar Ibrahim.


"Begitu juga Azmin Ali. Tidakkah dia semasa PH berkuasa dan Dr Mahathir menjadi PM ke 7 berhujah keras dan berusaha untuk gagalkan Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir dengan berkempen supaya Mahathir menjadi PM sehingga penuh penggal Parlimen ke-14, bukannya sekadar dua tahun?


"Tetapi akhirnya dengan Langkah Sheraton, Azmin membawa 10 Ahli Parlimen KEADILAN keluar dan PH tumbang. Bukankah janji kepada Anwar dikhianati?" tanyanya.


Hassan juga mengingatkan Hamzah, beliau pernah bersekongkol dengan Mahathir mengadakan Perhimpunan Melayu pada 2019 sebagai satu usaha menggagalkan peralihan kuasa PM dari Mahathir kepada Anwar Ibrahim


"Jadi apa moralnya yang ada pada Muhyidin, Azmin dan Hamzah menuntut janji daripada PM Ismail Sabri, sedangkan tiga serangkai pemimpin Bersatu itu pernah memungkiri janji mereka kepada Anwar, parti parti dalam PH dan rakyat yang menyokong PH dalam PRU14 lalu yang inginkan perubahan," katanya lagi.


Bagi Hassan, apa yang berlaku ketika ini adalah balasan buat pemimpin yang mudah mempermain janji dan amanah rakyat.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page