top of page

Kembara Ramadan PH Johor beri sumbangan kepada barisan hadapan



Kembara Ramadan Pakatan Harapan (PH) Johor semalam singgah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, mengagihkan juadah berbuka puasa kepada barisan hadapan.


Menurut kenyataan PH Johor, kembara itu mengagihkan 120 bungkusan makanan dan minuman kepada kakitangan hospital terbabit.


"Hari ini PH bersama-sama menyerahkan sumbangan berbuka kepada barisan hadapan sebagai salah satu agenda kembara Ramadan PH Johor. Kami sempat bertemu pegawai hospital, mereka sambut baik (program ini). Kita serahkan sebanyak 120 pek untuk 120 staf.


"Ini menunjukkan keprihatinan kita kepada barisan hadapan. Terutama mereka yang ambil vaksin 2 dos tetapi ujian mendapati positif Covid 19. Kita lahirkan rasa kebimbangan dan keprihatinan. Kita harap mereka terus gigih membantu rakyat," kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.


Menurut beliau, agihan juadah berbuka puasa ini sebagai salah satu cara PH menghargai jasa barisan barisan hadapan yang telah banyak berkorban sejak wabak Covid-19 melanda negara.


Program tersebut turut di hadiri pemimpin utama PH seperti YB Syed Ibrahim, YB Jimmy Puah, YB Aminolhuda, YB Sheikh Omar dan Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis juga penyokong PH.


Kembara itu berhenti di Restoran LMJ, Taman Puteri Wangsa Tebrau di mana semua pimpinan berbuka puasa di sana.


Sebelum waktu berbuka, Syed Ibrahim Syed Noh memberi ucapan bersama Aminolhuda, selaku Pengerusi PH Johor.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page