Kembangkan bakat sukan dari peringkat akar umbi - Yuneswaran
- Akmal Manaf

- 18 hours ago
- 1 min read

Usaha mencungkil bakat sukan dalam kalangan generasi muda perlu terus diperkasa kerana kejayaan melahirkan atlet berprestasi tinggi tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya bermula daripada pembentukan bakat sejak di bangku sekolah.
Bagi Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran (gambar), pembangunan bakat sukan perlu dimulakan dari peringkat akar umbi bagi memastikan generasi muda mendapat ruang dan peluang untuk mengasah potensi mereka sebelum diketengahkan sebagai pelapis yang mampu mengharumkan nama negara pada masa akan datang.
"Bakat sukan dibentuk dari akar umbi, agar menjadi pelapis yang mewakili negara pada masa akan datang.
"Penghargaan juga buat pengamal media tempatan sama ada media cetak dan media elektronik kerana liputan penuh diberikan," katanya dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini Sekolah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah menjadi lokasi penganjuran Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Piala Tan Sri Datuk Dr. K.R Somasundram 2026 (Kali Ke-8) dan Piala Datuk B Sahadevan 2026 (Kali Ke-2) bagi kategori perempuan.
Kejohanan berkenaan menghimpunkan pasukan sekolah-sekolah Tamil dari seluruh Kedah, sekali gus membuka ruang kepada bakat muda untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam suasana pertandingan yang kompetitif.




Comments