top of page

Kematian Zara: Siasatan polis tidak temui kaitan VVIP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 18
  • 1 min read

DS Saifuddin menjelaskan kematian Zara tiada kaitan dengan VVIP. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
DS Saifuddin menjelaskan kematian Zara tiada kaitan dengan VVIP. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Oleh: Akmal Manaf


Isu yang diubangkitkan dalam media sosial kekal sebagai khabar angin berhubung kematian pelajar tingkatan satu Allahyarhamah Zara Qairina.


Menurut penerangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat pagi tadi, banyak teori kematian yang menjadi buah mulut rakyat, terutamanya dakwaan penglibatan beberapa VVIP yang cuba menutup kes berkenaan tidak ditemui faktanya dalam siasatan polis yang dilihat beliau sepanjang dua minggu ini.


''Siasatan kita menyeluruh dan terperinci, dan untuk kali pertama isu ini dibangkitkan oleh rakan-rakan saya Ahli Parlimen pada 30 Julai, pada ketika itu sudah timbul beberapa kenyataan seperti yang terlibat (membuli) adalah cucu kepada TYT, Pengetua (sekolah) adalah isteri kepada Menteri, (dan) cara mati didera dalam mesin basuh.


''Keadaan itu dah jadi toksik (sampai) begitu sekali.


"Siasatan polis (pula) tidak menemui semua perkara-perkara yang disebutkan itu. Tidak ada sama sekali setelah keterangan daripada 195 saksi yang kita ambil,'' tegas beliau.


Untuk rekod, kertas siasatan kes kematian Zara Qairina telah diserahkan oleh polis ke pihak Peguam Negara pagi tadi untuk tindakan lanjut pendakwaan di mahkamah sekiranya terdapat kes.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page