top of page

Kematian atlet silat: KBS perketat SOP elak insiden berulang



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan kod sukan selamat dipenuh dalam mana-mana penganjuran sukan.


Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, ia susulan kes kematian atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, yang meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height baru baru ini.


Menurut Adam, insiden membabitkan sukan berisiko tinggi itu perlu diambil serius selain pihaknya sedang menunggu hasil siasatan awal daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang merupakan penganjur bagi acara tersebut.


"Pertama sekali, kami di KBS mengucapkan takziah dan merakamkan rasa simpati (atas insiden menimpa Allahyarham Wan Muhammad Haikal).


"Kita dalam peringkat awal menunggu siasatan daripada PESAKA sebagai pihak penganjur. Buat masa ini, KBS tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang ingin tahu apakah usaha KBS dalam memastikan kejadian menimpa pesilat Terengganu itu tidak berulang pada masa akan datang.


Dalam pada itu Adam Adli berkata, pihak KBS akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di peringkat negeri bagi memastikan SOP berkaitan dengan penganjuran sukan berisiko tinggi diperketatkan.


"Ia perlu diselaraskan dengan Suruhanjaya Sukan dan kita lancarkan kod sukan selamat merangkumi kebertanggungjawaban oleh pihak penganjur dalam memastikan pematuhan SOP dan penyediaan ruang selamat serta pengaturan risiko dapat dipatuhi," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page