top of page

'Kemasukan UPKO ke dalam PH kuatkan agenda reformasi Parlimen' - Fahmi


Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil mengalu-alukan penyertaan UPKO ke dalam Pakatan Harapan (PH) bagi memantapkan momentum kebangkitan gerakan pembangkang menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut beliau, biar pun UPKO sebuah parti kecil di Sabah dan mempunyai seorang Ahli Parlimen, iaitu presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, namun presiden parti tersebut menunjukkan beliau adalah seorang demokrat yang hebat dan sering mencadangkan agar Parlimen direformasikan untuk lebih peka kepada keperluan rakyat.


"Dengan kemasukan UPKO, bagi saya itu satu tindakan bagus kerana Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, di Parlimen dia duduk sama blok dengan saya. Saya lihat dalam siri ucapan beliau dan cadangan, bukan saja beliau lantang suarakan pendirian untuk warga Sabah tetapi banyak idea beliau sangat progresif untuk demokrasi.


"Beliau mencandangkan diperbanyak Jawatankuasa Pilihan Khas di Parlimen. Jawatankuasa ini adalah nadi kepada Parlimen itu sendiri.


"Bila kita lihat Parlimen, dalam memori ada tokoh yang bercakaran, bergaduh, ada seksis, rasis dan macam-macam. Sebenarnya dalam dewan itu lebih kepada perbahasan, pendirian. Kalau kita lihat di negara lain seperti di United Kingdom, dalam sistem westminster, Ahli Parlimen menghabiskan lebih banyak masa dalam jawatankuasa-jawatankuasa ini.


"Kita sebenarnya dah lama lihat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Ini jawatankuasa yang berhak memanggil mana-mana menteri, Ketua Pengarah dan sebagainya datang ke Parlimen untuk menjawab soalan.


"Misalnya dalam kes 1MBD dahulu, PAC yang boleh dapatkan perincian dan jawapan yang sangat mendalam dan fokus. Dalam dewan tak boleh panggil saksi dan orang beri keterangan," kata Fahmi dalam siaran twitter bertajuk Khemah Besar PH #NadiRakyat, malam tadi.


Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, kemasukan UPKO katika ini sudah tentu akan menguatkan suara demokratik PH di Parlimen dan menambah sokongan rakyat kepada PH untuk melihat Parlimen menubuhkan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas kelak.


"Saya ada sedikit pengalaman, saya terlibat dalam Jawatankuasa Khas Kesaksamaan Gender yang meneliti khususnya Kementerian Wanita.


"Di situ kita boleh panggil mana-mana pihak untuk beri penjelasan. Itu sangat menarik.


"Kalau kita nak lihat reformasi Parlimen, kita mesti akui fungsi Parlimen bukan sahaja tempat mendengar suara rakyat tetapi proses semak dan imbang boleh berlaku dalam jawatankuasa.


"Antara yang lantang bersuara meminta jawatankausa lebih banyak adalah YB Tuaran. Itu sikap yang baik. Jadi saya amat mengalukan kemasukan UPKO ke dalam PH," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page