top of page

Keluarga B40 di Wangsa Maju terima bantuan sempena tahun baharu India



Pejabat Parlimen Wangsa Maju memberi bantuan barang keperluan harian sempena sambutan Tahun Baharu India (Puthandu, Vishu, Ugadi) dan Vasakhii.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, agihan bantuan pernah dilakukan pada tahun-tahun sebelum wabak Covid 19 menjelang sambutan Tahun Baharu India.


"Agihan kali ini dihantar ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk India yang tinggi, seperti di PPR Gombak Setia dan Flat Danau Kota. Program ini turut disertai oleh S.Thiban, Naib Ketua AMK Pusat.


"Di tahun-tahun sebelum pandemik bermula, KEADILAN Wangsa Maju pernah menjalankan program perayaan seperti Puthandu, Deepavali dan Thaiponggal di kuil-kuil di sekitar Parlimen Wangsa Maju.


"Namun kerana wabak yang masih menular dan tidak membenarkan program awam, KEADILAN Wangsa Maju berusaha membuat bantuan sumbangan terus kepada keluarga terpilih," katanya.


Sumbangan diagihkan melalui Ketua Ranting KEADILAN Taman Ibukota, R. Vijeyndran dan Ketua Ranting Teratai Mewah, Partydesan Ganesan.


"Kita mahu menceriakan suasana perayaan Tahun Baru India ini dalam keadaan mematuhi SOP. Sedikit sumbangan dari Ahli Parlimen amat dihargai, bahawa tiada komuniti terpinggir”, kata Partydesan, Ketua Ranting KEADILAN Teratai Mewah.


Seminggu sebelum itu, kata Andre Lai, KEADILAN Wangsa Maju telah menjalankan program pengagihan sayur percuma sempena perayaan Puthandu di Kuil Sri Thirumurugan, Danau Kota. Penganut perayaan biasanya membuat membuat makanan sayur-sayuran pada hari kebesaran.


Menurut Andre lagi, aktiviti-aktiviti berkenaan adalah sebahagian daripada usaha menceriakan sambutan Tahun Baharu India dalam suasana norma baharu.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page