top of page

Keluar dewan: 'PN sia siakan peluang bawa suara rakyat, kritik kerajaan'



Tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meninggalkan Dewan Rakyat semalam merupakan suatu aksi yang membelakangkan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mahu setiap anggota dewan menjalankan tugas semak-imbang sebaik baiknya dan tidak menimbulkan kekecohan.


Bagi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, tindakan keluar dewan itu jelas menunjukkan pembangkang tidak bijak menggunakan waktu yang terbatas untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mampu menjalankan tugas mengkritik kerajaan.


"Sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen pembangkang, saya tak pernah bangun ganggu perbahasan dengan menggunakan Standing Order (atau Peraturan Mesyuarat) seperti yang berlaku dengan pembangkang sekarang.


"Walaupun pada satu ketika, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengejek “Ahli Parlimen Pondan, eyh salah Pandan” konon untuk buat lawak dan terang-terang melanggar Peraturan Mesyuarat.


"Saya hanya menjawab “Umur Ketereh tak jauh beza dengan umur ayah saya dan rakyat melihat akhlaknya pada usia itu”.


"Kerana waktu yang ada untuk Ahli Parlimen berucap itu pendek, sekitar 5-7 minit sahaja. Gunakanlah peluang itu untuk menyampaikan perkara yang substantif, lebih-lebih jika pembangkang, kerana itu sahajalah peluang untuk kita pamerkan kemampuan kita mentadbir dengan cetusan idea yang lebih baik dari kerajaan," katanya di Facebook.


Malangnya, kata Timbalan Presiden KEADILAN itu, pembangkang yang ada kelihatan ketandusan idea untuk berbahas. Sebaliknya mereka melengahkan dan mencuri masa dewan dengan perkara remeh temeh yang berlegar sekitar Standing Order dengan alasan 'mengelirukan dewan' biar pun hal yang dibangkitkan tidak mengelirukan sesiapa.


Menurut Rafizi, pada jangka panjang sekiranya pembangkang terus menggunakan strategi 'bertempik' untuk perkara remeh temeh bagi mendapat publisiti media maka rakyat akan melihat mereka 'tidak berguna' kerana gagal menyampaikan pandangan alternatif kepada kerajaan.


"Amalan “walk out” oleh PN ini akan memakan diri, jika tidak berjaya mempamerkan fungsi pembangkang di Parlimen.


"Lama-lama dari “walk out” menjadi “walk over”," katanya.


Dalam catatan sama Rafizi turut membidas kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kerajaan seolah olah berbuat sesuka hati kerana mempunyai majoriti 2/3 di dewan.


"Masa dia tak de majoriti di Parlimen dan bukan PM, dia walk out.


"Masa dia tak yakin majoriti di Parlimen dan dia PM, dia isytihar darurat gantung parlimen," katanya sinis mengulas ungkapan Muhyiddin: “Just because they have a majority, they do what they want without following the procedures that have been in place”, semalam.

.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page