top of page

Kelantan ubahsuai KSAS beri impak buruk alam sekitar



Tindakan Kerajaan Negeri Kelantan yang ingin mengubahsuai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) supaya Hutan Simpan Kekal (HSK) kecuali kawasan punca air atau tadahan air tidak lagi diklasifikasikan sebagai KSAS dikritik banyak pihak.


Bagi Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan, tindakan Kerajaan Negeri itu yang tidak selaras dengan polisi Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 amat wajar ditentang oleh Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad juga rakyat Kelantan keseluruhannya.


"Saya setuju apa yang Nik Nazmi komen sebagai seorang Menteri (mengenai KSAS).


"Saya sebagai rakyat Kelantan memang setuju (KSAS tidak diganggu). Sebab kalau ubah dasar itu, terutama eko-sistem semakin hari semakin rosak.


"Sedangkan kita boleh tengok hari ini semua dah pergi kepada green technology, nak jaga alam sekitar.


"Tetapi pemikiran pemimpin Pas ini, mereka macam tidak sensitif sangat kepada alam sekitar. Mereka tengok hanya kepentingan peribadi, tidak tengok atas kepentingan masyarakat umum," kata Zinda Khalil ketika dihubungi.


Katanya, pemikiran mementingkan kelompok pemerintah dalam kalangan Pas menyebabkan pemimpin Kelantan tidak peduli sangat mengenai alam sekitar, biar pun negeri itu kerap dilanda banjir besar yang antara penyebabnya adalah kerana kemusnahan alam sekitar.


Hal itu, kata Zinda Khalil, disebabkan rakyat yang kurang sensitif dengan perjalanan pentadbiran kerajaan Pas.


"Mereka (pemimpin Kelantan) tidak ambil berat pasal air dan lain lain sebab mereka tahu rakyat tak kisah sangat benda benda itu


"Jadi sanggup buat benda ini (ubah KSAS). Sedangkan benda ini mempunyai impak yang cukup besar kepada rakyat.


"Kalau pokok ditebang, berlaku banjir, eko-sistem akan rosak, binatang penghuni hutan simpan akan hilang habitat semula jadi. Jadi mereka tidak fikir sangat, ini yang Nik Nazmi beritahu (melalui kenyataan beliau)," katanya lagi.


Kelmarin Nik Nazmi berkata, Kerajaan Persekutuan menolak cadangan Kelantan berkaitan pengubahsuaian KSAS di negeri tersebut.


Kawasan KSAS terutama di Gua Musang, katanya, merupakan habitat harimau malaya, gajah, seladang dan tapir yang akan terjejas, selain mengganggu pergerakan haiwan terbabit ke Perak, Pahang dan Terengganu.


Kehilangan habitat akan meningkatkan konflik manusia dan hidupan liar yang menyebabkan kerugian akibat kemusnahan hasil tanaman atau kerosakan harta benda selain kehilangan nyawa.


Aktiviti guna tanah pula, kata beliau, akan memberi kesan kepada pergerakan sedimen ke dalam sistem sungai yang menyumbang kepada kekeruhan air dan turut menyebabkan kejadian banjir atau malapetaka besar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page