top of page

Kelantan terima kasih pada PM Anwar percepat projek Sungai Golok

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 24
  • 1 min read

Datuk Nassuruddin (kanan) berterima kasih kepada PM Anwar kerana percepat projek PLSB Sg Golok
Datuk Nassuruddin (kanan) berterima kasih kepada PM Anwar kerana percepat projek PLSB Sg Golok

Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas persetujuan mempercepat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok biarpun berlainan fahaman politik antara Kota Bharu dan Putrajaya.


Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kelulusan mempercepatkan kerja-kerja itu dibuat selepas beliau mengemukakan permohonan secara terus Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan pembinaan benteng itu dengan segera tanpa perlu mengikut turutan fasa pembinaan.


"Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri. Kerajaan negeri amat menghargai sokongan Persekutuan dalam mempercepat kelulusan itu demi kesejahteraan rakyat Kelantan," katanya dipetik.


Nassuruddin berkata begitu pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Darulnaim di Kota Bharu pada Rabu.


Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan PLSB Sungai Golok disegerakan.


Mengikut unjuran sebelum ini, fasa ketiga projek PSLB Sungai Golok itu akan bermula pada 2027 namun kerajaan memutuskan untuk mempercepat projek berkenaan bagi mengurangkan jumlah kerugian.


Projek itu dijangka siap dua tahun lebih awal pada 2028 berbanding 2030 mengikut jadual asal.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page