top of page

Kekurangan beras, belian panik berdasarkan persepsi - Mat Sabu



Oleh: Helmi Mohd Foad


Masalah kekurangan bekalan beras tempatan yang berlaku tiga bulan lalu ekoran kenaikan tinggi harga beras import.


Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, selama ini rakyat tidak mempunyai masalah membeli beras import memandangkan harganya tidak jauh beza dengan beras tempatan, iaitu RM26 sekampit berat 10 kilogram.


Kekurangan terjadi, katanya, apabila kerajaan India menghentikan eksport sehingga berlaku pembelian panik dalam kalangan rakyat.


Susulan keadaan itu, jelas beliau, kerajaan melakukan intervensi dengan meminta pengilang mengeluarkan stok beras tempatan dengan lebih banyak, manakala kontrak kerajaan pula menggunakan beras import.


"Jadi kita lambakkan beras tempatan di pasaran, sekarang bukannya selesai (isu kekurangan) tapi baru reda," katanya dalam forum Suara Anak Madani yang dihostkan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Jelas Mohamad, kerajaan telah berunding dengan jayanya apabila pihak duta kerajaan India datang ke kementerian bagi berbincang mengenai bekalan beras.


"Dalam masa dua minggu mereka telah luluskan menjual semula sebanyak 170,000 tan kepada Malaysia," ujar beliau.


Kata Mohamad, sebenarnya masalah kekurangan beras lebih serius pernah berlaku pada tahun 2014 namun pada masa itu tiada media sosial seperti TikTok yang menyebarkan suasana panik.


Tambah beliau, sekarang timbul pula kemungkinan kekurangan bekalan bawang ekoran India membuat keputusan menghentikan eksport produk makanan itu bermula Mac depan.


"Memang bawang dari India disukai rakyat, maka kita ambil langkah tambah import bawang dari Pakistan, Cina dan lain-lain negara," katanya lagi.


Namun kata Ahli Parlimen Kota Raja itu, keadaan tersebut tidaklah secemas masalah bekalan beras yang berlaku sebelum ini meskipun permintaan bawang juga tinggi memandangkan ia turut digunakan oleh ramai pekerja asing di negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page