top of page

Kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara bukan krisis kehakiman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 8
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan wujudnya krisis dalam institusi kehakiman disifatkan sebagai tidak berasas dan tidak perlu, tegas Senator Abun Sui Anyit (gambar).


Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak itu turut mengingatkan agar keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman di negara ini terus dipelihara.


''Marilah kita hormati proses Perlembagaan dan elakkan daripada mempolitikkan urusan kehakiman yang mulia dan bebas.


''Saya ingin menjelaskan bahawa kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara pada ketika ini bukan satu krisis kehakiman. Mahkamah Persekutuan kekal berfungsi dengan lancar.


''Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 131A membenarkan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan menjalankan fungsi Ketua Hakim Negara yang dilantik melalui Perkara 122B apabila berlaku kekosongan,'' katanya dalam satu kenyataan.


Abun yang juga seorang pengamal undang undang menegaskan bahawa pelantikan Ketua Hakim bukanlah keputusan tunggal Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi melibatkan banyak pihak dan prosedur.


''Ia melibatkan empat institusi penting iaitu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), Majlis Raja-Raja, Yang di-Pertuan Agong dan PM.


''Justeru, tidak wajar untuk menyalahkan Datuk Seri Anwar kerana proses pelantikan sedang berjalan mengikut Perlembagaan,'' kata beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang.


Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengetuai kumpulan yang dianggotai seramai sembilan Ahli Parlimen parti itu menggesa agar kerajaan menubuhkan RCI berhubung isu reformasi institusi dan Ketua Hakim Negara.


Sebagai Ahli Parlimen katanya, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kebebasan institusi kehakiman dan pengasingan kuasa di antara tiga cabang Kerajaan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page