top of page

Kejayaan lawatan PM ke China beri impak aspek keselamatan



Kejayaan besar lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China bukan sahaja dalam bidang ekonomi dan diplomatik tetapi juga berkenaan isu keselamatan.


Menurut Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perjanjian keselamatan berhubung pembaterasan jenayah rentas sempadan dengan China selepas ini akan lebih mudah ditandatangani dengan adanya hubungan erat yang sedia terjalin.


"Lawatan PM juga boleh diulas dalam aspek keselamatan. China sebelum ini memang ada beberapa perjanjian keselamatan dengan kita termasuk jenayah rentas sempadan menjurus perkara penyeludupan manusia, dadah dan di antara perjanjian ini adalah komitmen kedua negara berkongsi kepakaran (dalam menangani jenayah)


"Sebagai Menteri Dalam Negeri saya sedia maklum sememangnya ada usaha yang kita lakukan sekarang ke arah mewujudkan satu lagi perjanjian MoU dengan China, khusus aspek keselamatan. Perjanjian terdahulu telah tamat hujung tahun lepas.


"Dalam pertemuan dengan duta China di parlimen yang lepas, saya memaklumkan hasrat kerajaan Malaysia memasuki satu perjanjian baru," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengenai hasil keseluruhan lawatan, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN bersetuju lawatan PM Anwar selama 3 hari itu memberi impak yang luar biasa kepada pelbagai perkara dalam hubungan China - Malaysia.


"Impak lawatan PM ke China dari sudut ekonomi dan keselamatan sangat signifikan," katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page