top of page

Kejayaan Amizar di DUN Pelangai kemenangan tertangguh



Oleh: Abdullah Zaid


Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam bukan sahaja memberi keselesaan Kerajaan Perpaduan Pahang tetapi juga mencatat rekod peribadi buat diri beliau.


Amizar sebelum ini pernah bertanding sebagai calon DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) namun tewas tipis. Bagaimanapun hal itu tidak mematahkan semangat anak jati Felda Chemomoi tersebut sehingga beliau diangkat menjadi wakil rakyat baharu untuk DUN Pelangai.


Bagi mengisi kemenangan, bapanya Abu Adam Duaji, 74 (gambar, dua dari kanan) sempat mengingatkan anak ketiganya itu untuk melaksanakan segala hasrat yang dibawa atau dijanjikan sebagai tanggungjawab ADUN baharu.


"Tanggungjawab dan amanah yang dibawa itu mesti dibuat, sebagai orang Islam kena ingat tugas kita," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Dalam pada itu, Abu Adam yang juga ahli UMNO turut berpesan agar anaknya sentiasa mengekalkan sikap ramah dan mudah didekati dalam menyantuni warga Pelangai.


"Selain menghormati orang tua, pesan pakcik sentiasa kekal dengan sikap peramah dan mudah didekati. Kalau kekal dengan sifat begitu, InshaAllah kita akan jadi pemimpin yang disayangi," ujarnya lagi.


Semalam, Amizar berjaya mengekalkan kecemerlangan BN apabila menang di kerusi tradisi itu dengan majoriti 2,949 undi.


Amizar yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong meraih 7,324 undi menewaskan seterunya Kasim Samat daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 4,375 undi, manakala Haslihelmy DM Zulhasli yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 120.


Calon kerajaan itu meraih kemenangan dengan majoriti 2,949 manakala peratus keluar mengundi pula berjumlah 72 peratus.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page