top of page

Kejatuhan ringgit: Dagang antarabangsa guna matawang tempatan - PM



Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) membuka ruang untuk negara negara ASEAN termasuk Malaysia berdagang menggunakan matawang tempatan bagi mengelakkan kerugian akibat pengukuhan berterusan nilai dolar AS.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata, terdapat negara serantau yang menyokong penyelesaian dagang menggunakan matawang tempatan terutamanya China, Indonesia dan Thailand.


Beliau berkata demikian dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN - Parit Sulong) pada sesi tanya-jawab PM di Dewan Rakyat pagi ini.


"Kejayaan kita ke beberapa negara yang besar. Umpamanya paling berhasil dengan China melalui high level principal currency transaction ASEAN dan prinsip yang sama dengan negara China.


"Perdagangan dengan China dari segi Malaysia jumlahnya agak tinggi. Penyelesaian sekarang ini melibatkan jumlah perdagangan 25%. Maknanya RM39.2 bilion itu dalam matawang ringgit dan remimbi. Dengan Indonesia 16.7% iaitu RM10.7 bilion dari rupiah dan ringgit. Dengan Thailand 19.6%, RM8.2 bilion.


"Kalau kita lihat ada perkembangan menggalakkan walau masih jauh kerana belum ada tindakan negara lain walau Vietnam, Kemboja memberi perakuan dalam mesyuarat ASEAN di Jakarta baru baru ini," katanya.


Mengenai penyebab kejatuhan nilai ringgit pula, PM yang juga Menteri Kewangan berkata hal itu akibat tindakan Federal Reserve AS yang menaikkan kadar faedah beberapa kali dalam setahun.


"Puncanya awal 2022 Federal Reserve AS telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 225 mata asas atau julat 5.25% hingga 5.50%.


"Maknanya 5 kali sejak Disember 2022. Padahal Malaysia hanya meningkat sebanyak 1.25 mata asas bagi tempoh sama. Ini menyebabkan tekanan kepada hampir semua matawang di rantau ini, paling parah Jepun," katanya lagi.


Manakala kaedah penyelesaian kepada pengukuhan nilai dolar yang mampu dilakukan Malaysia, kata beliau, ialah dengan memperkukuh ekonomi fundamental; iaitu dari segi pertumbuhan, pelaburan dan defisit serta dasar de-dolarisasi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page