top of page

Kejatuhan PH: Mahathir letak jawatan, mahu kerajaan baharu tanpa pemimpin jadi menteri



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar terus mempersalahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca kejatuhan kerajaan PH.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sikap Tun yang mementingkan diri meletak jawatan tanpa berbincang terlebih dahulu dan kemudian mahu membentuk kerajaan baharu tanpa pemimpin PH sebagai menteri kabinet merupakan punca sebenar beliau ditinggalkan oleh sekutu-sekutunya.


"Rakyat Malaysia maklum PH jatuh bila Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri (PM). Lebih parah lagi keputusan beliau letak jawatan itu tidak melalui perbincangan di kalangan pimpinan tertinggi PH.


"Ini melanggar prinsip musyawarah yang sepatutnya dihayati dan saya yakin Mahathir sebagai orang lama dalam politik faham prinsip ini.


"Tambahan pula, sehari selepas Mahathir dilantik Agong sebagai PM interim, beliau memanggil semua ketua-ketua parti politik untuk membentuk kerajaan baharu tanpa pemimpin-pemimpin parti dilantik sebagai menteri.


"Idea pembentukan kerajaan yang tidak pernah dibuat sepanjang sejarah Malaysia itu menyebabkan pemimpin-pemimpin parti politik menolaknya. PH juga tidak menyokong idea demikian.


"Tindakannya itu telah menimbulkan prasangka cukup besar (dan PH menolak Mahathir)," katanya.


Mengenai jumlah 62 pencalonan yang didakwa diperolehi Mahathir dalam sesi temuduga setiap Ahli Parlimen di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Shamsul berkata, tidak ada pihak yang boleh menyatakan dengan tepat jumlah sokongan kerana hal itu tidak pernah diumumkan pihak istana sehingga ke hari ini.


“Tiada siapa tahu jumlah yang menandatangani akuan bersumpah di hadapan YDP Agong, kecuali Pejabat Istana Negara, khususnya Tuanku sendiri. Kerana kita tanda tangan akuan bersumpah di hadapan Tuanku.


“Kita tanda tangan dokumen, letak nama atau apa saja kita nak letak dalam kolum itu disaksikan YDP Agong. Tiada siapa tahu jumlah… tetapi kami yakin majoriti kepada Anwar Ibrahim," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, kerajaan PH sebaliknya boleh dipertahankan sekiranya Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam tempoh lebih awal sebagaimana dijanjikan.


Katanya, KEADILAN sangat berpegang kepada janji. Sekiranya KEADILAN bersifat melanggar janji maka Presiden KEADILAN telah pun ditawarkan Agong sebagai PM sebaik sahaja memenangi pilihan raya umum ke 14 dan boleh sahaja mengenepikan Mahathir.


"Kalau tidak, KEADILAN juga boleh pecahkan janji muafakat kerana selepas sahaja Pilihan Raya Umum ke-14, yang menjadi pilihan untuk jadi Perdana Menteri waktu itu ialah Presiden Keadilan iaitu Dr Wan Azizah.


"Tapi kerana muafakat, janji tetap janji...maka apabila Dr Mahathir diumumkan jadi calon Perdana Menteri, kita terus berpegang kepada keputusan itu,” katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page