top of page

Kehadiran panda baharu erat hubungan diplomatik Malaysia - China

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 minutes ago
  • 1 min read
ree

Ketibaan dua ekor panda gergasi, Chen Xing dan Xiao Yue, bukan sahaja menjadi tarikan baharu kepada rakyat dan pelancong, tetapi turut melambangkan hubungan diplomatik kukuh antara Malaysia dan China, kata Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Jalex Lee (gambar).


Dalam kenyataan medianya, Jalex berkata simbolik kehadiran kedua-dua haiwan itu mencerminkan nilai istimewa hubungan dua hala, memandangkan panda merupakan khazanah paling berharga bagi China.


"Ketibaan Chen Xing dan Xiao Yue bukan sekadar kehadiran dua ekor panda sebagai tarikan, tetapi juga melambangkan hubungan diplomatik yang erat dengan China, memandangkan panda merupakan khazanah paling berharga bagi negara tersebut," katanya.


Beliau menegaskan kepentingan Malaysia mengekalkan hubungan mesra dengan salah satu kuasa ekonomi terbesar dunia demi manfaat bersama, termasuk dalam aspek ekonomi, pelaburan dan kerjasama strategik.


Jalex Lee turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah, yang membangkitkan isu Program Pemuliharaan Panda di Parlimen minggu lalu.

ree

"Tahniah dan syabas! Terima kasih kepada YB Jimmy Puah Wee Tse kerana membawa perkara tersebut ke Dewan Rakyat dan Kerajaan Madani merealisasikan perkara tersebut," ujarnya.


Menurut beliau, Jimmy Puah sebelum ini meminta penjelasan kerajaan sama ada China telah mengesahkan penghantaran pasangan panda baharu serta tarikh ketibaan mereka, memandangkan peruntukan program tersebut adalah besar.


Perkara yang penting, tegas Jimmy Puah, ialah setiap perbelanjaan besar mesti telus, bertanggungjawab dan memberi pulangan nyata kepada rakyat.


Kehadiran dua panda baharu itu dijangka merancakkan sektor pelancongan, selain memperkukuh kerjasama konservasi antara Malaysia dan China.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page