top of page

Kehabisan dana subsidi gaji pekerja RM600 mengejutkan

Oleh Redzuan Shamsudin


Kehabisan dana subsidi gaji RM600 sebulan untuk Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang diperuntukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebanyak RM120 juta dalam pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat amat mengejutkan. Hal ini kerana peruntukan tersebut baharu sahaja diumumkan pada Mac lalu. Bagaimanapun, PERKESO dalam kenyataannya semalam memaklumkan permohonan yang dibuat selepas 27 April 2020 tidak layak untuk menikmati bantuan kewangan tersebut. Bagi Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung, kehabisan dana itu tidak wajar berlaku memandangkan kerajaan seharusnya mempunyai maklumat cukup mengenai tenaga kerja di Malaysia. "Saya amat terkejut dengan pengumuman PERKESO berkenaan kehabisan dana tanpa sebarang pelan tambahan. Pengumuman tanpa penjelasan lanjut ini mencalarkan kredibiliti pakej rangsangan ekonomi prihatin kerajaan PN. "Pengumuman tersebut juga tidak mengambil kira ribuan pekerja yang sedang susah dan mengharapkan pekerjaan mereka dikekalkan. Dalam situasi kritikal, tindakan sebegini umpama penghinaan kepada warga pekerja, apatah lagi diumumkan sempena Hari Pekerja," katanya dalam satu kenyataan. Menurut PERKESO, dana RM120 juta yang diumumkan hanya dianggarkan untuk 200,000 pekerja. Sedangkan PERKESO menerima permohonan seramai 230,652 pekerja. Dalam kata lain, dana yang disediakan tidak cukup untuk menampung permohonan-permohonan yang dihantar. Sehubungan itu, Chean Chung menggesa Menteri Kewangan Tengu Zafrul dan Menteri Sumber Manusia M Saravanan tampil membuat penjelasan bagaimanakah nasib sekitar 30,000 permohonan yang telah kehabisan dana. Adakah mereka akan kehilangan pekerjaan dalam jangka waktu terdekat? "Saya menggesa Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia menjelaskan kepada rakyat mengapa keputusan tersebut boleh dibuat secara terkejut? "Mengapakah dana tambahan tidak diperuntukkan? Dalam situasi sekitar 230,000 pekerja terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, Kerajaan PN sepatutnya tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan buat pusingan U. "Penamatan ERP selepas 27 April 2020 merupakan satu penganiayaan PN bukan sahaja terhadap golongan pekerja tetapi juga kepada majikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). "PKS-PKS seperti Lee Beauty Saloon, Mi Kolok Hj Salleh dan Syarikat Surjit Kaur Sdn. Bhd. yang disebut dalam ucapan PM Muhyiddin Yassin baru-baru ini akan turut terjejas kerana mereka tidak dapat mengekalkan pekerja melalui skim subsidi gaji yang dijanjikan sebelum ini," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page