top of page

'Kegilaan' gajet: Dr Zaliha disiplinkan anak-anak hadkan penggunaan



Oleh: Noraini Nordin


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (gambar atas, tengah) berkata, walaupun ketika anak-anaknya kecil dahulu, perkembangan media sosial tidak sehebat seperti sekarang, tetapi beliau tetap mengambil langkah awal yang perlu dalam mendisiplinkan anak-anaknya.


Katanya, beliau tidak pernah membenarkan anak-anaknya memiliki telefon sendiri sebelum mereka berusia 17 tahun.


Menurut beliau, sebagai wanita berkerjaya yang tidak dapat memantau anak- anaknya sepanjang masa, itulah yang dilakukannya sebelum ini bagi mengelakkan peralatan tersebut memberi kesan buruk kepada masa depan mereka.


"Maknanya, sebelum mereka lepas SPM, mereka tiada telefon sendiri.


"Apa-apa yang mereka perlu untuk guna telefon, mereka hanya menggunakan telefon kita sebagai ibu bapanya," kata beliau.


Menjawab soalan bagaimana petuanya menangani masalah kegilaan gajet dalam Program Wanita Question Time di Pulai pada Sabtu, Dr Zaliha berkata, apa yang dilakukannya itu mungkin boleh digunakan oleh ibu bapa yang lain pada waktu ini.


Pimpinan Wanita KEADILAN dan pimpinan utama bergambar bersama peserta Program Wanita Question Time

Kata beliau, untuk cucu-cucunya pula, beliau selalu memperingatkan agar dihadkan penggunaan gajet berkenaan.


"Misalnya kalau cucu saya menonton rancangan kartun, saya selalu ingatkan anak-anak saya agar memastikan had menggunakan gajet itu sentiasa dikawal dan ada tempoh tertentu.


"Memang biasanya mereka akan menangis bila diminta berhenti, tetapi kita sebagai ibu bapa kena tahan telinga sikitlah," tambah beliau lagi.


Menurut Dr Zaliha, sehingga anak-anak dewasa dan boleh berfikir sendiri, kawalan disiplin dalam penggunaan gajet adalah perlu dilakukan bagi mengelakkan kesan buruk kepada kehidupan masa depan mereka.


Dalam program yang sama, Dr Zaliha juga menjawab pelbagai persoalan lain berkaitan isu kesihatan, kesibukan wanita sebagai pemimpin dan sokongan moral daripada suaminya setelah beliau kini bergelar seorang menteri.


Katanya, beliau agak bertuah kerana sejak awal penglibatannya dalam kerjaya dan politik memang mendapat sokongan, restu dan kerjasama daripadanya suaminya.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page