Keganasan terhadap wanita semakin parah, kerajaan perlu beri tumpuan khusus



Jenayah pembunuhan ke atas wanita semakin menjadi-jadi sejak seminggu kebelakangan ini.


Dalam keadaan yang seserius itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun seolah-olah hilang punca untuk mencadangkan langkah drastik bagi memastikan keselamatan wanita, terutama di rumah mereka sendiri terjamin.


Bagi Pengerusi Biro Guaman Dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq, pembunuhan terhadap wanita di Kajang dan Johor baru-baru ini cukup menggerunkan dan perlu ditangani pada kadar segera.


"Saya melahirkan rasa kebimbangan dan keresahan yang serius memandangkan keganasan terhadap wanita mengakibatkan kematian ini berlaku di dalam rumah mereka sendiri dan di dalam kawasan kejiranan.


"Berikutan kadar peningkatan kes keganasan terhadap wanita itu yang hanya berselang 4 hari sahaja, maka saya menyeru seluruh kabinet PM Tan Sri Muhyiddin terutamanya Menteri KPWKM, Datuk Rina Harun untuk segera menumpukan isu keselamatan dan perlindungan kepada wanita yang terdedah kepada pelbagai dimensi dan ancaman keganasan yang melibatkan ancaman nyawa, harta benda, maruah serta keselamatan diri mereka agar diberikan perhatian khusus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Fadhlina mencadangan agar seluruh sinergi KPWKM digerakkan untuk menangani isu berkenaan.


"(Dalam hal ini kerajaan perlu) mempersiap dan memaksimakan sebaran (promosi) talian kasih 15999 ke seluruh negara dengan pengkhususan kepada pengendalian kes-kes keganasan terhadap wanita.


"Meningkatkan latihan dan sinergi semua autoriti yang terlibat sebagai ‘First Respondent' termasuk PDRM, Hospital dengan kelengkapan “One Stop Crisis Centre (OSCC) dan menambah bilangan pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat untuk mengendalikan kes-kes keganasan terhadap wanita dengan lebih efektif.


"Juga menyegerakan sokongan polisi dana kepada NGO-NGO bagi melengkapkan ekosistem sokongan khususnya menyediakan perlindungan atau transit kepada wanita yang menjadi mangsa dan pemandiri keganasan," katanya.


Fadhlina juga mendesak kerajaan agar meningkatkan kewaspadaan komuniti dan ahli masyarakat, khususnya peranan ahli kariah untuk saling menjaga keselamatan dan mengambil berat terhadap jiran tetangga mereka khususnya keselamatan kaum wanita dan kanak-kanak dalam komuniti.


Beliau mahu kerajaan PM Muhyiddin menangani isu keganasan ke atas wanita dengan lebih serius dan efisyen, bukan seperti "melepas batuk di tangga".


Katanya, keselamatan nyawa, maruah dan harga diri wanita harus sentiasa menjadi keutamaan kepimpinan negara dan tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan dalam tempoh pandemik ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER