top of page

Keganasan Israel di al Aqsa: Malaysia wajar bantah lebih tegas, sekat sekutu Israel


Kerajaan Negeri Selangor menggesa kerajaan Malaysia agar membantah lebih tegas berhubung keganasan tentera rejim Israel ke atas jemaah solat tarawih di Baitul Maqdis kelmarin.


Exco Agama Islam, Industri Halal dan Pengguna Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, perbuatan biadap Israel itu wajar dihentikan segera dengan menyuarakan tekanan peringkat tertinggi, sama ada dalam kalangan negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


"Serangan tentera Israel ke atas Baitul Maqdis ketika umat Islam Palestin beribadah di sepuluh malam terakhir Ramadan tidak dapat diterima atas apa alasan sekalipun. Ini kerana ternyata umat Islam Palestin yang sedang mengerjakan solat tarawih tidak bersenjata dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang boleh dikaitkan dengan perhimpunan anti-Israel yang menghantui rejim.


"Serangan yang kononnya menggunakan peluru logam bersalut getah itu tidak munasabah, kerana ternyata ia telah mendatangkan kecederaan kepada ratusan orang umat Islam Palestin, termasuk kanak-kanak yang meraikan tempoh paling berharga dalam setahun untuk beribadah.


"Tidak cukup dengan serangan di kawasan masjid, tentera-tentera Israel didapati mengejar mereka hingga ke hospital dan klinik, sedangkan mereka berusaha mendapatkan rawatan akibat kecederaan tembakan di kawasan masjid," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, Zawawi mengharapkan sikap Malaysia lebih tegas dalam mengutuk rejim Zionis dan menyeru negara-negara Islam mengenakan sekatan tertentu terhadap Israel dan sekutu-sekutunya.


"Kerajaan Negeri Selangor berharap sikap yang akan ditunjukkan oleh Kerajaan Malaysia dalam perkembangan terbaharu ini mencerminkan satu gesaan berimpak tinggi untuk menyeru bantahan bersama negara negara Islam. Oleh itu Kerajaan Negeri Selangor menyokong apa sahaja pendekatan yang bakal diambil oleh Kerajaan Malaysia.


"Sebagai menunjukkan keprihatinan kita sesama saudara muslim dan kemanusiaan sejagat, Kerajaan Negeri Selangor mencadangkan supaya Qunut Nazilah dilaksanakan di semua masjid dan surau seluruh negeri sehingga krisis ini tamat," katanya lagi.


Selain itu, Kerajaan Negeri juga mencadangkan rakyat negeri Selangor yang prihatin menyuarakan bantahan mereka dalam bahasa yang sesuai di akaun media-media sosial sebagai menunjukkan bantahan dan keprihatinan global terhadap keganasan terkini Israel ke atas umat Palestin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page