top of page

Kecurian benih kerang di persisiran laut Selangor membimbangkan



Menteri Besar Selangor amat bimbang mengenai kecurian benih kerang di pesisir pantai Selangor.


Katanya, kecurian itu akan mengganggu kehidupan dan penghasilan nelayan kecil yang bergantung hidup kepada memungut kerang di pesisir pantai.


Sehubungan itu, beliau turun sendiri - di tengah tengah kesibukan tugasnya - bagi meninjau puluhan kilometer kawasan laut yang dinyatakan terjejas.


"Saya telah turun bersama agensi maritim dan beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau dan melihat sendiri kes kecurian benih kerang dan penggunaan bubu naga yang dilarang.


"Kami telah dibawa menaiki bot bermula dari Sabak Bernam hingga ke Klang selama 3 jam bagi mendapat gambaran keadaan semasa," katanya.


MB pada lawatan itu mencadangkan agar pasukan penguatkuasa lebih menumpukan usaha melindungi benih kerang dengan menubuhkan pos tetap kawalan bagi memastikan pencuri benih kerang lebih sukar menjalankan aktiviti pencurian.


"Kes ini amat serius dan semakin berleluasa memberi impak negatif kepada ekosistem kehidupan laut serta mengancam pendapatan para nelayan.


"Saya telah mencadangkan agar pos pengkalan hadapan dibina di kawasan berkenaan serta rondaan yang kerap dibuat untuk membanteras kegiatan ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page