top of page

Kecam serangan, jenayah terancang terhadap anak Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Serangan kejam dua individu terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan sebagai tindakan jenayah yang perlu diberi serius oleh pihak berkuasa.


Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang berkata, insiden itu menimbulkan kegusaran awam terhadap aksi jenayah terancang dan bersasar termasuk kanak-kanak.


"Mengganggu keluarga ahli politik adalah perbuatan pengecut — apatah lagi serangan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.


"Sebagai seorang sahabat, saya amat bersimpati dengan keluarga saudara Rafizi. Sebagai seorang ahli politik dan rakyat Malaysia, saya sangat risau dengan keadaan ini," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.


Dalam kenyataan sama beliau menuntut agar pihak polis segera bertindak, mengenal pasti penjenayah serta dalang di sebalik insiden itu, seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Selain itu beliau menyeru semua ahli politik merentasi parti membuang perbezaan pandangan untuk bersolidariti dan berdiri teguh menentang perlakuan jenayah tersebut.


"Kita mesti bersama-sama menentang budaya jijik ini yang hanya akan merosakkan masa depan negara," ujarnya.


Rafizi menerusi kenyataan semalam memaklumkan kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika anak dan isterinya baharu memasuki kereta untuk beredar dari sebuah pusat beli- belah di Putrajaya.


Menurut Rafizi, anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page