top of page

AMK kecam jual stoking kalimah Allah, gesa tindakan tegas



Penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh sebuah pasar raya dikecam keras Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.


Menurut Ust Ashraf Hadi dari Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama AMK, penjualan produk seperti itu telah menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.


Katanya, kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku lebih lebih lagi syarikat pasar raya yang terlibat berpangkalan di Malaysia.


"Kami ingin menegaskan kejadian ini amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku. Kami mengakui kepentingan untuk menjaga sensitiviti agama serta nilai-nilai kepercayaan masyarakat Malaysia wajar dihormati sebagaimana yang telah dinyatakan dalam enam teras Malaysia Madani iaitu salah satunya prinsip hormat.


"Untuk memastikan ketenteraman dan keharmonian masyarakat terus dikekalkan, kami menggesa tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil oleh pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat motif kejadian ini dan mengambil langkah-langkah undang-undang yang sesuai," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, kata Ust Ashraf, pembekal dan penjual stoking tersebut juga perlu mengambil tanggungjawab yang lebih berat dan sewajarnya.


Menurut beliau, permohonan maaf yang diberikan perlu disertai dengan tindakan konkrit yang menunjukkan kesungguhan mereka dalam menangani perkara berkenaan.


Dalam pada itu, Ashraf turut menasihatkan agar tiada pihak yang mengambil tindakan sendiri dan memanfaatkan kemarahan umat Islam dalam isu penjualan stoking tersebut.


"Kami ingin menasihatkan supaya tidak ada pihak yang mengambil tindakan sendiri yang semberono sehingga melampaui batas undang-undang negara serta menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia.


"Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar menjauhi sebarang tindakan yang boleh menimbulkan perpecahan atau ketegangan dalam kalangan masyarakat.


"Keharmonian dan keamanan bersama adalah tanggungjawab kita semua," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page