top of page

Kecam Anwar, pemimpin PN mampukah bebaskan aktivis GSF dalam 48 jam?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 8
  • 2 min read

Sukarelawan GSF diambut meriah pulang ke tanah air malam tadi selepas dibebaskan dari tahanan Israel
Sukarelawan GSF diambut meriah pulang ke tanah air malam tadi selepas dibebaskan dari tahanan Israel

Oleh: Akmal Manaf


Usaha Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim membaskan semua aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam masa singkat bukan sahaja mencerminkan ketokohannya sebagai pemimpin berwibawa, malah menepis desakan pembangkang agar beliau meletak jawatan.


Bagi mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri, pembangkang tidak mempunyai pemimpin yang mampu menyelesaikan krisis dalam tempoh singkat.


Malah beliau berpendapat, pemimpin Perikatan Nasional sukar untuk membebas aktivis ditahan Israel dalam tempoh hanya dua hari sekiranya mereka berkuasa pada waktu ini.


''Kita sudah nampak dengan jelas (sewaktu mereka berkuasa sebelum ini).. daripada segi kewibawaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (duta taraf Menteri), tidak punya.


''Kalau kita tengok Muhyiddin sendiri.. beliau tidak begitu mempunyai ketokohan. Umpamanya sewaktu beliau mula dilantik sebagai PM, beliau perlu menghubungi (pemimpin negara lain) untuk memperkenalkan diri.


''Maknanya beliau tidak ada hubungan (luas yang luas), sedangkan PM Anwar memang memiliki hubungan (antarabangsa) yang baik sejak sekian lama,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri
Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri

Beliau diminta mengulas mengenai kejayaan PM Anwar membawa pulang sukarelawan GSF daripada tahanan Israel dalam tempoh 48 jam biarpun pembangkang masih memperlekehkannya.


Mengulas lanjut mengenai Abdul Hadi pula, Ustaz Shamsul mendakwa, Presiden Pas itu memiliki 'keterbatasan' untuk menjadi pemimpin yang berkesan kepada negara.


''(Abdul Hadi) jadi pemimpin parti mungkin boleh, tapi untuk memimpin negara, walaupun masa beliau memimpin Terengganu sebagai Menteri Besar, kita tak nampak apa kewibawaannya dari segi untuk meningkatkan pencapaian negeri, meningkatkan ekonomi dan juga pelbagai perkara.


''Pada saya, desakan supaya PM Anwar meletak jawatan lebih bersifat retorik politik semata-mata.


''Mereka tidak ada asas mengapa nak suruh PM Anwar letak jawatan. Calon pun mereka tak ada,'' ujarnya lagi.


Untuk rekod, PM Anwar berjaya menyelesaikan penahanan sukarelawan Malaysia dengan kerjasama baik bersama pemimpin Turkiye, Jordan, Amerika Syarikat dan beberapa negara Arab lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page