top of page

Kebebasan media zaman PN semakin parah


Kebebasan media pada zaman kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin parah apabila beberapa pengamal media berdepan dengan tindakan undang-undang.


Terbaru, ketua editor portal kesihatan bernama CodeBlue, Boo Su-Lyn didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 atau OSA manakala ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan berdepan pertuduhan ekoran komen pengguna media sosial di portal itu yang dianggap menghina badan kehakiman negara.


Persatuan Editor Akhbar Cina Malaysia tampil menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan undang-undang kerana ia dianggap menyekat kebebasan media di Malaysia.


Persatuan itu mendesak kerajaan untuk mengkaji semula akta OSA memandangkan zaman digital ketika ini adalah sukar untuk mengekang hak pengguna untuk mendapatkan maklumat.


Malah persatuan itu menganggap pengguna media sosial yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap setiap komen yang dikeluarkan, bukannya pihak media yang menyediakan platform tersebut.


Kata persatuan itu lagi, organisasi media mewujudkan ruangan komen bagi meraikan kebebasan bersuara dan mewujudkan perbincangan antara pengguna di media sosial.


Ini bukanlah kali pertama media Malaysia menerima tekanan daripada kerajaan sejak PN dibentuk pada Mac lepas.


Sebelum ini, seorang wartawan South China Morning Post, Tashny Sukumaran dipanggil pihak polis kerana liputannya mengenai tindakan kerajaan terhadap pendatang asing tanpa izin dianggap menganggu ketenteraman awam.


Malah, kerajaan PN juga hanya membenarkan media rasmi kerajaan untuk membuat liputan sidang Parlimen sehari pada 18 Mei.


Nampaknya usaha Pakatan Harapan (PH) yang memberikan nafas baharu dan kebebasan kepada golongan pengamal media untuk membuat liputan akan terkubur begitu sahaja.


Malaysia pada tahun ini mendaki 22 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2020 dengan menduduki tempat ke-101.


Namun kedudukan itu mungkin akan berubah dengan mendadak pada tahun depan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page